Utusan Borneo (Sarawak)

Hari Terbuka KWKPK pada 3 dan 4 Februari depan

-

KUCHING: Hari Terbuka Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak (KWKPK) akan dianjurkan buat julung kalinya, bertema ‘ Meniti Kesejahter­aan Bersama’.

Menterinya Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, hari terbuka pada 3 dan 4 Februari depan itu akan diadakan di Tebingan Kuching, sarat dengan pelbagaui aktiviti yang memberi maklumat terkini ditawarkan KWKPK serta rakan- rakan strategikn­ya kepada klien kementeria­n khasnya dan masyarakat setempat amnya.

“KWPKP amat teruja menganjurk­an hari terbuka ini yang bermula jam 7 pagi hingga 10 malam pada dua hari tersebut.

“Sebanyak 41 ruang pameran dibuka oleh rakanrakan strategik KWKPK dan 36 gerai jualan Usahawan Mikro Kebajikan akan dibuka sepanjang hari terbuka ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Induk Hari Terbuka KWKPK yang turut dihadiri Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis di sini semalam.

Fatimah berkata majlis pelancaran Hari Terbuka KWKPK akan diadakan pada 3 Februari 2018 dan disempurna­kan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

Beliau memberitah­u, pada majlis perasmian itu nanti, Petronas akan menyerahka­n dana sejumlah RM2 juta di bawah program tanggungja­wab sosial korporat syarikat itu kepada kerajaan negeri yang akan diterima ketua menteri.

“Sebagai simbolik, kirakira 13 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berasaskan komuniti akan menerima geran CSR daripada Petronas pada hari perasmian nanti yang akan disampaika­n Abang Johari.

“Manakala 111 lagi yang layak menerima geran CSR Petronas ini akan menerima bantuan masing-masing secara berperingk­at” katanya.

Pemberian geran itu katanya, merupakan pengiktira­fan kepada NGONGO yang banyak membantu kerajaan negeri dalam usaha mensejahte­rakan komuniti walaupun sering berdepan kekangan kewangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia