Utusan Borneo (Sarawak)

SUHAKAM menyokong penubuhan mahkamah khas selesai kes pemerdagan­gan manusia

-

undang lain sesuai dengan kesalahan dilakukan,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Sebelum itu, turut diadakan acara Perbarisan Bulanan dan Serah Terima Tugas Pengarah Maritim Daerah Bintulu.

Kapten Maritim Aminuddin Abdul Rashid secara simbolik memberi nota serah tugas kepada Pengarah Maritim Daerah Bintulu baharu Komander Maritim Mohd Hambali Ya’akub.

K a t a n y a , k e j a y a a n melepasi sasaran KPI membuktika­n APMM Bintulu merupakan pasukan maritim cekap melaksanak­an penguatkua­saan undangunda­ng di bawah kendalian mereka bermula di Tanjung Payung (Utara) sehingga ke Kuala Igan (Selatan).

Menurutnya, sepanjang 2017 APMM Bintulu melakukan 494 pemeriksaa­n melibatkan Akta Perikanan 1985, Akta Imigresen 1959/63, Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009, Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Kawalan Bekalan 1961 dan pelbagai akta di bawah undang-undang persekutua­n.

Aminudin memaklumka­n bahawa Mohd Hambali memulakan tugas sebagai pengarah APMM Bintulu yang baharu berkuat kuasa hari ini.

“Saya harap pegawai serta kakitangan APMM Bintulu terus memberi kerjasama padu kepada pengarah baharu bagi memastikan segala urusan pentadbira­n serta penguatkua­saan undangunda­ng berjalan lancar seperti biasa,” katanya. KUCHING: Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Malaysia ( SUHAKAM) menyokong pengumuman Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif berhubung penubuhan mahkamah khas bagi menyegerak­an penyelesai­an kes pemerdagan­gan manusia.

Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Razali Ismail berkata pihaknya telah membincang­kan cadangan penubuhan mahkamah khas bagi kes-kes pemerdagan­gan manusia sejak beberapa tahun lalu dalam pelbagai mesyuarat.

“Mahkamah khas itu antara lain perlu mengambil kira keperluan mangsa dan menyasarka­n agar tidak berlakunya eksploitas­i pemerdagan­gan manusia lebih lanjut terhadap mangsa.

“Adalah diharapkan agar mahkamah itu nanti akan mempertimb­angkan keadaan mangsa dan mengguna pakai protokol mahkamah dalam memberi perlindung­an terhadap mangsa yang pernah mengalami trauma,” katanya semalam.

Antara lain adalah lantikan pendakwa raya yang berkeboleh­an dan hakim yang komited terhadap kes pemerdagan­gan manusia.

Turut menjadi harapan pihak SUHAKAM adalah agar hakim yang mendengar kes pemerdagan­gan manusia akan diberi latihan dalam bidang pemerdagan­gan manusia bagi memastikan perlindung­an sepenuhnya terhadap mangsa.

Juga bantuan terhadap mangsa pemerdagan­gan manusia dapat diberikan di semua peringkat perundanga­n selaras dengan piawaian antarabang­sa yang ditetapkan Protokol PBB untuk mencegah, menyekat dan menghukum pemerdagan­gan orang, terutama wanita dan kanak-kanak (Protokol Pemerdagan­gan Manusia).

Beliau juga menekankan bahawa pemerdagan­gan manusia merupakan jenayah yang amat kejam dan keberkesan­an mahkamah sebegini akan membantu penyelesai­an j enayah perhambaan moden ini dengan lebih efektif.

 ??  ?? SERAH TUGAS: Aminudin (berdiri, hadapan tengah) bersama pegawai dan pengurusan APMM Bintulu pada upacara perbarisan tahunan serta serah nota tugas semalam.
SERAH TUGAS: Aminudin (berdiri, hadapan tengah) bersama pegawai dan pengurusan APMM Bintulu pada upacara perbarisan tahunan serta serah nota tugas semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia