Utusan Borneo (Sarawak)

MKM Zon Sarawak disaran latih usahawan madu kelulut

-

SIBU: Maktab Koperasi Malaysia (MKM) Zon Sarawak disaran melatih usahawan madu kelulut tempatan mengembang­kan perniagaan mereka melalui ekonomi digital.

PegawaiDae­rahSibuAwa­ng Yusup Awang Mostapha berkata ia selari dengan dasar kerajaan negeri pada masa kini yang beralih kepada kuasa ekonomi digital.

“Kita di peringkat negeri ingin mempelbaga­ikan sektor ekonomi negeri kita dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg sering bercakap mengenai ekonomi digital dan mewujudkan Sarawak Pay.

“Oleh itu, saya berharap mungkin MKM boleh melatih usahawan kelulut mengembang­kan perniagaan mereka melalui ekonomi digital,” katanya mewakili Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E- Dagang Dato Sri Wong Soon Koh pada Majlis Penutupan Lestari Modal Insan Koperasi dan Ceramah Potensi Penternaka­n Kelulut Jana Pendapatan anjuran MKM Zon Sarawak di sini semalam.

Awang Yusup berkata, perusahaan madu kelulut di Sarawak boleh berkembang dengan baik berikutan kos perniagaan itu jauh lebih murah berbanding di Semenanjun­g Malaysia.

Katanya, sarang ternakan lebah kelulut di Sarawak adalah antara RM100 hingga RM200 sebatang berbanding RM1,000 di Semenanjun­g.

Beliau juga memberitah­u bahawa sebuah syarikat tempatan di Sibu iaitu RH Bee Farms Sdn Bhd merupakan penternak lebah kelulut terbesar di Malaysia.

Justeru, beliau menyeru MKM mengambil peluang menjalanka­n kerjasama dengan RH Bee Farms Sdn Bhd membantu mengembang­kan perusahaan madu kelulut.

Terdahulu, Ketua Sektor MKM Roslan Bani Amin berkata program itu merupakan acara tahunan MKM mempromosi­kan program latihan koperasi yang dijalankan sepanjang tahun ini.

 ??  ?? TERBAIK: Awang Yusup (tujuh kiri), Roslan (enam kanan) serta tetamu bersama peserta program semalam.
TERBAIK: Awang Yusup (tujuh kiri), Roslan (enam kanan) serta tetamu bersama peserta program semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia