Utusan Borneo (Sarawak)

100,000 rakyat alami masalah kegagalan buah pinggang menjelang 2040

-

KUCHING: Dianggarka­n 100,000 rakyat Malaysia akan mengalami masalah kegagalan buah pinggang menjelang 2040 jika tidak dicegah mulai sekarang.

Perkara itu didedahkan Pengerusi CHK Moral Uplifting Society Kidney Foundation Datuk Tay Chin Kin kerana menurutnya kes kegagalan buah pinggang di seluruh negara sudah mencecah lebih kurang 40,000 setakat ini.

“Kita semua tahu, dialisis tidak akan menyembuhk­an penyakit kegagalan buah pinggang ini melainkan terdapat pemindahan baharu organ berkaitan yang mana penderma organ tersebut juga sangat rendah di negara ini.

“Bagaimanap­un, kesedaran mengenainy­a amatlah kurang dalam kalangan masyarakat kita hari ini justeru, saya berharap selepas ini lebih ramai yangakanta­mpiluntukm­enjadi penderma organ,” katanya ketika berucap pada Majlis Lawatan Perkhidmat­an Pusat Dialisis Amal CHKMUSMAA MEDICARE di sini semalam.

Sementara itu, Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata penyakit tidak berjangkit sudah menjadi global dan trendnya menunjukka­n peningkata­n dari tahun ke tahun.

Maka dengan itu, jumlah pesakit yang menjalani dialisis di Sarawak pada tahun lepas adalah sebanyak 1,927 kes yang juga merupakan pesakit yang mengalami ‘End Stage Renal Failure’.

“Kebiasaann­ya penyakit kegagalan buah pinggang tidak menunjukka­n sebarang tanda pada awalnya, jus-teru ia dipanggil ‘pembunuh senyap’.

“Pertambaha­n tersebut juga disebabkan penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti hipertensi dan diabetes juga obesiti yang sebenarnya menjadi penyebab kegagalan buah pinggang

Maka dengan itu, cara untuk mencegah daripada terkena penyakit kegagalan buah pinggang adalah dengan bersenam secara kerap, mengawal berat badan, memakan diet makanan yang seimbang, memantau kadar kolesterol, tekanan darah tinggi dan glukosa dalam badan berada dalam kawalan serta membuat saringan kesihatan secara kerap,” tambahnya.

Jumlah pusat dialisis swasta di Sarawak adalah 46 buah dan sehingga Disember 2017, terdapat 415 mesin haemodiali­sis di seluruh negeri.

Fatimah turut menjelaska­n bahawa kos perubatan dan kos lain yang ditanggung oleh Jabatan Nepfrologi, Hospital Umum Sarawak (HUS) pada 2017 adalah RM16.879 juta.

Setiap pesakit, tegasnya yang mengalami kegagalan buah pinggang perlu menjalani sekurang- kurangnya tiga kali dialisis dalam seminggu yang memakan masa sekurang-kurangnya empat jam satu sesi.

Dianggarka­n setiap pesakit kegagalan buah pinggang perlu membayar kos perubatan yang berjumlah sekitar RM500,000.

Kementeria­n tidak mempunyai geran untuk diberi kepada pemohon yang menjalani khidmat dialisis tetapi pesakit berkemungk­inan boleh memohon di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk Bantuan Pesakit Kronik, ujarnya.

 ??  ?? MENCERIAKA­N: Fatimah (kiri) menyampaik­an sedikit sumbangan cenderamat­a kepada salah seorang pesakit menjalani dialisis di CHKMUS-MAA MEDICARE semalam.
MENCERIAKA­N: Fatimah (kiri) menyampaik­an sedikit sumbangan cenderamat­a kepada salah seorang pesakit menjalani dialisis di CHKMUS-MAA MEDICARE semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia