Utusan Borneo (Sarawak)

Penganggur didenda RM2,500 curi beberapa utas jam tangan

-

KUALA LUMPUR: Akibat mencuri satu beg plastik yang mengandung­i beberapa utas jam tangan milik seorang lelaki, seorang penganggur didenda RM2,500 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd Alias Shafie ,44, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri satu beg plastik yang mengandung­i jam tangan bernilai RM980.50 milik Muhammad Rizuan Zulkaain, 28, seorang pembantu perangkaan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di bersebelah­an kedai CJ Precious, Lorong Haji Taib 4, Dang Wangi di sini pada 4.52 pagi, 4 Jan lepas, mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau keduaduany­a.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran kepada tertuduh mengambil kira kerugian yang dialami mangsa dan barang kes tidak ditemui.

Bagaimanap­un, Mohd Alias yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan dia menanggung seorang anak yang menghidap penyakit kanser.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian semasa mangsa berada di kedai CJ Precious, mangsa telah meletakkan satu beg plastik yang mengandung­i beberapa utas jam tangan di atas motosikaln­ya dan selepas selesai berurusan di kedai tersebut, mangsa mendapati beg plastiknya tiada dan disyaki telah dicuri. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia