Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat bas menawarkan promosi tambang rendah

-

SIBU: Sempena ulang tahun ke-60, Lanang Road Bus Co Bhd (Lanang Road Bus) dan Rejang Transport Sdn Bhd (Rejang Transport) menawarkan promosi tambang rendah khas bermula 15 Januari hingga 15 Februari.

Bercakap pada sidang media petang kelmarin, Pengarah Urusan Lanang Road Bus Wong Tung Ping berkata ia sebagai sebahagian tanggungja­wab sosial korporat (CSR) mereka.

“Kami berterima kasih kepada orang ramai atas sokongan sepanjang tahun ini, justeru kami menawarkan harga promosi tambang bas dari 15 Januari hingga 15 Februari. Tetapi, tawaran ini hanya dari Isnin hingga Khamis.

“Kami mungkin boleh mempertimb­ang memanjangk­an tempoh promosi jika menerima maklum balas positif daripada orang ramai,” katanya.

Hadir sama Pengarahny­a Lau Khing Seng dan Raymond Lau.

Wong berkata, tambang sehala Sibu-Bintulu adalah RM15 dan kadar sama dari

Bintulu ke Sibu (sehala). Tambang sebenar untuk perjalanan sehala ini adalah RM25.

Manakala tambang sehala dari Sibu ke Miri adalah RM35 dan RM35 dari Miri ke Sibu (sehala). Tambang biasa untuk perjalanan sehala ini adalah RM50.

Bagi laluan Miri ke Bintulu, kadar tambang dikenakan RM15 (sehala) dan kadar sama untuk Bintulu-Sibu. Kadar tambang normal perjalanan sehala ini adalah RM25.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 084-332696 atau 016- 8795973 ( Sibu), 086-338518 atau 016-8895973 (Bintulu) dan 085-433116 atau 019-8856336 (Miri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia