Utusan Borneo (Sarawak)

Keadaan lubang yang dalam, tajam boleh merosakkan kenderaan malah lebih teruk sebabkan kemalangan

- Oleh Ambrose Rirang

BINTULU: Keadaan lubang yang dalam dan tajam di Jambatan Sungai Kemena menimbulka­n keresahan dalam kalangan orang awam yang menggunaka­n laluan berkenaan setiap hari kerana dikhuatiri boleh mengakibat­kan kerosakan pada kenderaan dan lebih teruk lagi, kemalangan hingga meragut nyawa.

Tinjauan yang dilakukan Utusan Borneo ke lokasi berkenaan mendapati lubang sedalam hampir satu kaki itu amat berbahaya kepada kenderaan yang lalu di kawasan terbabit terutama pada waktu malam, khususnya motosikal.

Seorang penduduk, James Naja, 45, yang berulang alik menggunaka­n laluan berkenaan berkata, lubang itu semakin besar dan seakan-akan tidak diendahkan pihak berwajib yang bertanggun­gjawab menyelengg­aranya.

“Saya berharap lubang yang besar dan dalam itu segera diperbaiki bagi mengelakka­n kemalangan di laluan itu garagara pemandu ingin mengelak daripada melanggar lubang,” ujarnya.

Pernah beberapa kali katanya, dia terlihat kereta mengalami tayar pancit selepas melanggar lubang besar itu.

Mujurlah ia tidak mengakibat­kan insiden yang lebih serius lagi.

Francis Ngu, 43, berharap pihak berwajib segera membaiki lubang berkenaan kerana ia amat berbahaya kepada pengguna yang berulang alik antara Tatau dan Bintulu.

Jelasnya, lubang besar itu sudah beberapa kali menyebabka­n tayar kereta dan motosikal rosak, sekali gus mendatangk­an kerugian kepada pemilik kenderaan.

“Justeru, saya selaku penduduk tempatan berharap pihak berwajib segera bertindak membaiki struktur jalan serta lubang yang agak besar itu bagi mengelakka­nnya mendatangk­an musibah kepada pengguna jalan raya di kawasan Bintulu,” tambahnya.

Saya berharap lubang yang besar dan dalam itu segera diperbaiki bagi mengelakka­n kemalangan di laluan itu gara-gara pemandu ingin mengelak

lubang.” daripada melanggar James Naja Pengguna

 ??  ?? BERBAHAYA: Lubang yang panjang dan dalam di salah satu bahagian Jambatan Sungai Kemena.
BERBAHAYA: Lubang yang panjang dan dalam di salah satu bahagian Jambatan Sungai Kemena.
 ??  ?? BERISIKO: Lubang sedalam kira-kira satu kaki ini boleh merosakkan kenderaan dan mengakibat­kan kemalangan.
BERISIKO: Lubang sedalam kira-kira satu kaki ini boleh merosakkan kenderaan dan mengakibat­kan kemalangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia