Utusan Borneo (Sarawak)

PIBG SK Paya Mebi komited bantu guru tingkat pencapaian murid

-

KUCHING: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Paya Mebi komited membantu para guru meningkatk­an lagi pencapaian pendidikan murid sekolah berkenaan.

Yang Dipertua SK Paya Mebi Shamsudin Unai berkata pihaknya akan membantu sekolah mendapatka­n dana bagi membolehka­n lebih banyak program pendidikan dijalankan yang memberi manfaat kepada murid.

“Kami akan cuba mencari dana untuk menjalanka­n program dan aktiviti, terutama kepada murid tahun enam sebagai persiapan menduduki UPSR, demi memastikan pencapaian UPSR SK Paya Mebi sentiasa meningkat setiap tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Program Bantuan Kasih Balik Sekolah 2018 anjuran Biro Sosial dan Kebajikan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ( PBB) Kampung Paya Mebi di SK Paya Mebi, di sini Sabtu lalu yang turut dihadiri Guru Besar SK Paya Mebi Hayati Julaihi serta para guru sekolah berkenaan.

Menurut Shamsudin, pihaknya baru-baru ini telah menerima sumbangan RM5,000 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang bagi membantu mereka menjalanka­n program dan aktiviti di sekolah pada tahun ini.

Namun demikian, beliau menambah akan terus memohon dana daripada Lo, yang juga pengerusi Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) untuk menjalanka­n lebih banyak program dan aktiviti yang memberi manfaat kepada murid SK Paya Mebi.

“Dana yang diperolehi akan kami gunakan sepenuhnya untuk membantu membangunk­an keupayaan pembelajar­an murid SK Paya Mebi,” katanya.

Sementara sempena majlis, Shamsudin yang juga pengerusi Biro Sosial dan Kebajikan PBB Kampung Paya Mebi turut menyampaik­an bantuan persekolah­an kepada 50 murid daripada keluarga kurang berkemampu­an di SK Paya Mebi.

Bantuan persekolah­an berupa beg sekolah dan alat tulis itu disumbangk­an oleh syarikat RJ Realty Sdn Bhd.

 ??  ?? PRIHATIN: Shamsudin menyerahka­n beg sekolah dan alat tulis kepada seorang murid SK Paya Mebi. Turut kelihatan Hayati (kiri).
PRIHATIN: Shamsudin menyerahka­n beg sekolah dan alat tulis kepada seorang murid SK Paya Mebi. Turut kelihatan Hayati (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia