Utusan Borneo (Sarawak)

Beng Kor dibebas daripada pertuduhan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

-

SIBU: Aktivis berusia 50 tahun dan penganjur pergerakan Sarawak for Sarawakian­s ( S4S) dikenali Beng Kor dilepaskan selepas dibebaskan oleh Mahkamah Seksyen Sibu semalam daripada pertuduhan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Hakim Mahkamah Seksyen Caroline Majanil memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes itu melampaui keraguan munasabah terhadap Beng Kor.

Justeru, Beng Kor atau nama sebenarnya Yeu Bang Keng diarahkan supaya dibebaskan tanpa perlu memanggil pembelaann­ya.

Beng Kor dituduh kirakira tiga tahun lalu kerana enggan bekerjasam­a dengan polis memberi nama pengguna dan kata laluan Facebook beliau dalam siasatan terhadap ulasan terkandung dalam ‘ Facebook Yeu’ di Balai Polis Sentral Sibu kirakira jam 4.30 petang pada 15 Mei 2015.

Bagaimanap­un, beliau dibebaskan dengan jaminan sejumlah RM15,000 oleh dua penjamin setelah tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan dibacakan kepadanya.

Sebagai syarat jaminan, beliau perlu mendeposit RM10,000 dalam bentuk sijil deposit tetap dengan mahkamah.

BengKordid­akwamengik­ut Seksyen 249 akta itu dan boleh dihukum di bawah Sekysen 242 akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Beng Kor dalam kesnya sebelum ini dituduh menggelar bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem ‘ bodoh’ terhadap perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963.

Beng Kor melalui akaun Facebook bernama ‘Sarawak Keluar Malaysia 2021’ mendakwa bahawa Adenan menuduh kerajaan persekutua­n dan UMNO mencetus kemelut politik dan masalah sosial berlaku di Semenanjun­g Malaysia.

Facebook itu turut memaparkan gambar Adenan dengan keterangan gambar, mengancam Sarawak menarik diri dari Malaysia jika permintaan negeri ini untuk mendapatka­n autonomi lebih besar tidak penuhi oleh kerajaan persekutua­n.

Beng Kor dituduh menfitnah Adenan melalui akaun Facebook tersebut.

Lima saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan terhadap Beng Kor yang diwakili tiga peguamnya iaitu Yap Hoi Liong, Ben Lau dan Wong Yee Ping.

 ??  ?? BEBAS: Beng Kor (depan, empat kanan) bersama peguam dan penyokongn­ya selepas menang dalam kes di Mahkamah Seksyen Sibu, semalam.
BEBAS: Beng Kor (depan, empat kanan) bersama peguam dan penyokongn­ya selepas menang dalam kes di Mahkamah Seksyen Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia