Utusan Borneo (Sarawak)

Kursus keibubapaa­n di Hotel Promenade Bintulu, 20 Januari

-

BINTULU: Seramai 150 peserta dijangka menyertai kursus ‘Parenting 3.0: Permission to Parent’ jam 7.30 pagi hingga 12 tengah hari pada 20 Januari ini di Hotel Promenade Bintulu.

Kursus tersebut anjuran Persatuan Kebajikan Perkhidmat­an Psikiatri Hospital Bintulu dengan kerjasama Unit Terapi Cara Kerja Hospital Bintulu.

Pengerusi persatuan Dr Nur Adilah Sulaiman berkata, dua penceramah akan menyampaik­an ceramah dalam kursus itu iaitu Dr Smrdhi Sarachandr­an dan Datin Dr Fauzi Ismail.

Antara tajuk yang dikupas ialah ‘ Kids and Gadgets; Developmen­t or Disaster?’, ‘Surviving Your Teenagers: Parenting Adolescent­s’ dan ‘Why Don’t Kids Tell? Detecting Bullying and Sexual Abuse’.

Selepas ceramah selesai, aktiviti perbincang­an bersama peserta akan diadakan.

Yuran pendaftara­n yang dikenakan cuma RM80 se- orang termasuk sarapan dan makan tengah hari.

Keterangan lanjut boleh menghubung­i WhatsApp Dr Ahmad Heidhar di talian 012-9885727 atau pembantu perubatan Yahya ( 0111933901­7). KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak mahu Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg menjelaska­n lebih lanjut daripada sekadar mengatakan bahawa sistem Transit Aliran Ringan (LRT) yang dicadangka­nnya mungkin beroperasi dalam masa 10 tahun akan datang.

Pengerusin­ya Chong Chieng Jen berkata Ketua Menteri sering mengelak daripada menyentuh mengenai isuisu utama sistem LRT yang dicadangka­n, dengan hanya menyatakan bahawa ia mung- kin akan beroperasi menjelang 2028.

Tegas beliau, Abang Johari perlu memberitah­u rakyat Sarawak, antaranya, mengenai anggaran kos pelaksanaa­n projek tersebut.

“Apa anggaran kos pembinaan sistem LRT yang dicadangka­n, memandangk­an beliau (Abang Johari) berhasrat membiayai kos pembinaan dengan wang negeri tanpa mendapatka­n apa-apa pembiayaan persekutua­n,” katanya pada sidang media di pejabat DAP Sarawak di sini, semalam.

Menurut Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching dan ADUN Kota Sentosa, cadangan projek LRT itu dianggarka­n menelan kos RM25 bilion jika berdasarka­n kos pembinaan LRT di Semenanjun­g Malaysia.

“Kita bercakap kira-kira RM25 bilion, tidak termasuk kadar inflasi jika projek itu berterusan beberapa tahun kemudian,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata Abang Johari juga sepatutnya memaklumka­n rakyat Sarawak tentang anggaran penumpang termasuk anggaran pendapatan yang dijana daripada sistem LRT yang dicadangka­n itu, sama ada ia cukup untuk menampung kos operasi.

“Persoalan- persoalan ini penting bagi semua projek infrastruk­tur dan saya mendesakny­a (Abang Johari) untuk jujur kepada semua rakyat Sarawak kerana ia adalah wang kita yang akan digunakan untuk membiayai projek besar ini,” katanya.

Dalam pada itu, Chong juga menyatakan kebimbanga­n bahawa jika sistem LRT tersebut menggunaka­n dana negeri, ia mungkin menjejaska­n pendapatan negeri ini.

 ??  ?? KONGSI ILMU: Dua penceramah yang akan menyampaik­an ceramah pada kursus keibubapaa­n tersebut.
KONGSI ILMU: Dua penceramah yang akan menyampaik­an ceramah pada kursus keibubapaa­n tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia