Utusan Borneo (Sarawak)

Mayat pendaki Gunung Nuang dibawa turun

-

KUALA LUMPUR: Mayat seorang pendaki lelaki yang terjatuh ketika mendaki Gunung Nuang, Hulu Langat, pada Sabtu lepas, dibawa turun pasukan penyelamat yang tiba di kaki gunung berkenaan pada kira-kira jam 6 pagi semalam.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Alimaddia Bukri berkata mangsa dikenali sebagai Azlan Yahya, 47.

Beliau berkata ketika membawa turun mayat, pasukan penyelamat berdepan cabaran berikutan keadaan laluan yang licin dan curam, selain cuaca gelap.

“Hujan sejak beberapa hari lepas membuat kami mengalami kesukaran apabila laluan tanah berair menyebabka­n pergerakan anggota terhad, selain keadaan fizikal anggota itu sendiri yang keletihan berikutan telah bertugas se- jak operasi dimulakan pada Sabtu lepas.

“Pada jam 4 pagi tadi (semalam), pasukan itu tiba di Kem Lolo dan mangsa seterusnya dibawa menaiki pacuan empat roda ke kaki gunung dan tiba pada kira-kira jam 6 pagi tadi (semalam),” katanya ketika dihubungi.

Mangsa dikatakan mendaki gunung itu bersama beberapa rakannya Jumaat lepas, namun dalam perjalanan turun ketika melalui satu curam, mangsa disyaki tergelinci­r dan terjatuh ke dalam gaung kirakira 100 meter dari puncak gunung tersebut.

Pada Sabtu lepas, polis menerima laporan pada 1.30 petang dan menggerakk­an pasukan bomba dan penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam naik ke gunung itu pada jam 3.15 petang, bagi menjalanka­n operasi mencari dan menyelamat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SAMUN: Polis menembak mati dua penjenayah yang dipercayai mahu melakukan samun di Taman Sri Bayan Durian Tunggal semalam.
— Gambar Bernama SAMUN: Polis menembak mati dua penjenayah yang dipercayai mahu melakukan samun di Taman Sri Bayan Durian Tunggal semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia