Utusan Borneo (Sarawak)

Suspek mempunyai 11 rekod jenayah, motosikal, pistol, barang kemas dirampas

-

GEORGE TOWN: Tindakan pantas seorang anggota polis telah dapat menahan seorang daripada dua lelaki yang baharu sahaja merompak sebuah kedai emas di Jalan Datuk Ooh Chooi Cheng, di Bukit Mertajam, semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A.Thaiveegan berkata sebaik terdengar jeritan seorang wanita yang juga pemilik kedai terbabit, koperal polis berkenaan yang sedang menjalanka­n tugas kawalan lalu lintas tidak jauh dari kedai itu terus mengejar kedua-dua suspek yang melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal.

“Koperal polis itu terus mengejar dua lelaki terbabit menggunaka­n kenderaan trafik dan memintas motosikal suspek yang ditung- gang secara melawan arus dan dapat menahan seorang daripada mereka apabila motosikal itu terbabas,” katanya.

Bagaimanap­un, rakan suspek yang membonceng motosikal terbabit dapat melarikan diri.

Thaiveegan berkata lelaki yang ditahan itu berumur 36 tahun dan mempunyai 11 rekod jenayah. Polis turut merampas motosikal, sepucuk pistol jenis Colt .22 bersama lima butir peluru, satu kelopak dan satu beg silang mengandung­i barangbara­ng kemas bernilai kirakira RM40,000.

Dalam kejadian itu, dua lelaki yang memakai topi keledar penuh dan seorang daripadany­a bersenjata­kan pistol masuk ke kedai emas itu semasa pemilik kedai (wanita) bersama tiga pekerjanya, kesemuanya wanita, berada di dalam kedai itu.

“Seorang daripada lelaki itu menutup mulut seorang pekerja manakala rakannya mengacukan pistol ke arah mereka sambil mengambil barang kemas di kedai itu,” katanya.

Beliau berkata ketika suspek melarikan diri, pemilik kedai emas itu berlari ke cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) yang terletak tidak sampai 50 meter dari premis perniagaan­nya untuk meminta bantuan.

Sementara itu, polis me- nahan seorang lelaki yang membaling bata hingga menyebabka­n cermin belakang Toyota Fortuner milik Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) pecah di Jalan Valdor, Sungai Bakap, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Shafee Abd Samad berkata lelaki berumur 36 tahun itu ditahan pada kira-kira jam 5.50 petang di kawasan Sungai Bakap, kira-kira sejam selepas kejadian itu.

“Lelaki yang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar itu dilapor menghampir­i kenderaan JPJ itu dalam keadaan marah dan bercakap seorang diri sebelum ke bahagian belakang kereta peronda itu dan membaling bata,” katanya. — Bernama

Koperal polis itu terus mengejar dua lelaki terbabit menggunaka­n kenderaan trafik dan memintas motosikal suspek yang ditunggang secara melawan arus dan dapat menahan seorang daripada mereka apabila motosikal itu terbabas. Datuk A.Thaiveegan Ketua Polis Pulau Pinang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia