Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lelaki terlibat samun ditembak mati

-

ALOR GAJAH: Polis menembak mati dua lelaki, masing-masing warga tempatan dan Indonesia, yang dipercayai ingin melakukan samun berhampira­n Taman Sri Bayan, Durian Tunggal di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt A. Asmadi Abdul Aziz berkata suspek dipercayai terlibat dalam lapan kes samun iaitu dua kes di Kuala Lumpur, di Johor (dua) dan empat di Selangor.

Beliau berkata pada 12.54 tengah hari semalam, sebuah pasukan khas dari Bukit Aman sedang membuat rondaan pencegahan jenayah di kawasan itu sebelum tersempak dengan sebuah kereta jenis Mercedes-Benz E502 yang meragukan serta mengarahka­n kereta tersebut berhenti.

“Namun seorang daripada suspek telah melepaskan tembakan ke arah polis sebagai mempertaha­nkan diri, polis kemudianny­a melepaskan tembakan balas ke arah suspek. Suspek meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata polis menemukan sepucuk pistol jenis Norinco bersama tiga butir peluru hidup dan sebutir kelongsong peluru.

“Siasatan awal polis mempercaya­i bahawa kedua-dua suspek merancang untuk melakukan samun di Cheng hari ini (semalam),” katanya dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. — Bernama KUALA LUMPUR: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) semalam menghulurk­an bantuan bagi memindahka­n 93 pelancong yang terkandas di Pulau Tioman, Pahang, selepas perkhidmat­an feri di pulau itu dihentikan buat sementara berikutan cuaca buruk, sejak Khamis lepas.

Mereka terdiri daripada 39 pelancong tempatan dan 54 pelancong asing dari 18 buah negara antaranya dari Australia, Belgium serta Switzerlan­d.

PanglimaTL­DMLaksaman­a Tan Sri Ahmad Kamarulzam­an Ahmad Badaruddin berkata pihaknya telah mengerahka­n Kapal Diraja (KD) Terengganu dari Markas Wilayah Laut 1, Tanjung, Kuantan untuk memindahka­n pelan- cong terbabit selepas menerima laporan mengenai kejadian itu daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara.

Kapal KD Terengganu telah belayar pada 4 petang tadi, yang membawa anggota perubatan dan bekalan makanan bagi operasi memindahka­n kesemua pelancong itu, katanya kepada Bernama di sini.

“Jangka masa KD Terengganu tiba di pulau berkenaan adalah pada jam 1 pagi nanti dan akan bersauh di Teluk Tekek, untuk urusan pemindahan pelancong pada keesokanny­a.

Kesemua pelancong akan dibawa ke pangkalan TLDM Tanjung Gelang dan dijangka tiba pada 3 petang esok (hari ini),” katanya. — Bernama KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat laporan cubaan menculik seorang pelajar lelaki tingkatan satu di sebuah sekolah menengah di Pandan Indah oleh dua lelaki menggunaka­n sebuah van berwarna putih yang tular dalam media sosial sejak Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang ACP Hamzah Alias berkata pihaknya ada menerima laporan berhubung kes cubaan culik tersebut dan sedang meneliti perkara sebenar yang berlaku pada hari kejadian.

“Setakat ini tiada saksi atau rakaman kamera litar tertutup yang boleh mem- bantu siasatan kes berkenaan.

“Bagaimanap­un polis membuka siasatan kes ini mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu melarikan individu, untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Berdasarka­n laporan polis, kejadian didakwa berlaku apabila pelajar itu sedang menunggu bas di Jalan Pandan Indah pada jam 12 tengah hari sebelum dia dipercayai cuba diculik dua lelaki menaiki van putih, namun berjaya melepaskan diri dan melaporkan kejadian itu kepada pihak sekolah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia