Utusan Borneo (Sarawak)

Tabung amanah, kuota khas haji, skim PPA1M-PDRM dan bantuan untuk 123,000 pesara

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumka­n berita baik meliputi empat perkara yang memberi manfaat kepada kira-kira 123,000 pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata kerajaan akan memperuntu­kkan RM3 juta untuk Tabung Amanah Warisan Polis setiap tahun selama tempoh tiga tahun bagi membantu kebajikan pesara dan keluarga mereka, memperuntu­kkan kuota khas haji, sebahagian daripada10,000 unit skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)-PDRM akan dikhaskan kepada pesara polis dan kemudahan penyaluran bantuan kepada mereka menerusi Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis.

Bilangan kuota khas haji untuk pesara polis itu akan umumkan perdana menteri selepas kerajaan mendapat jumlah kuota keseluruha­n daripada kerajaan Arab Saudi.

“Selepas itu saya akan beritahu timbalan perdana menteri dan ketua polis negara berapa jumlah untuk dikhaskan kepada pesara-pesara,” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan lebih 5,000 pesara polis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Kesemua ini bukanlah nilai kepada perjuangan pesara kerana sumbangan anda tidak ternilai dalam menjaga agama, bangsa dan negara. Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri

Najib berkata, Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis akan disusun semula dan cawanganya akan dibuka di setiap negeri bagi memudahkan penyaluran bantuan kepada pesara polis.

“Kesemua ini bukanlah nilai kepada perjuangan pesara kerana sumbangan anda tidak ternilai dalam menjaga agama, bangsa dan negara,” katanya.

Najib turut meminta Ketua Polis Negara mengenal pasti pesara yang tertinggal daripada mendapat pengiktira­fan atas jasa yang dilakukan selama ini.

“Bukanlah mereka berjuang kerana nak pingat, tetapi mereka inginkan pengiktira­fan daripada negara,” katanya.

Dalam pada itu, Najib mengingatk­an pesara supaya terus menyokong kerajaan sedia ada bagi membolehka­n negara menuju ke puncak kejayaan.

Beliau berkata pesara dan rakyat tidak seharusnya membuat perhitunga­n yang salah dengan memilih pihak tanpa ideologi serta tidak memikirkan perjuangan agama, bangsa dan negara.

“Tanah air inilah sahaja yang ada pada kita, perjuangan yang dulu pasukan keselamata­n lakukan janganlah disia-siakan...banyak lagi yang ingin kita (kerajaan) lakukan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TIBA: Najib dan Ahmad Zahid ketika hadir pada Majlis Perjumpaan Pesara-Pesara Polis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dekat Kuala Lumpur, semalam. Turut sama Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
— Gambar Bernama TIBA: Najib dan Ahmad Zahid ketika hadir pada Majlis Perjumpaan Pesara-Pesara Polis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dekat Kuala Lumpur, semalam. Turut sama Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia