Utusan Borneo (Sarawak)

MyGDX, platform perkongsia­n maklumat agensi kerajaan dilancar

-

PUTRAJAYA: Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancanga­n Pengurusan Malaysia (MAMPU) memperkena­lkan aplikasi MyGDX atau Malaysia Government Central Data Exchange iaitu platform perkongsia­n maklumat yang menyediaka­n perkhidmat­an broker data untuk rujukan agensi.

Ketua Pengarah Mampu Datuk Dr Mazlan Yusoff ketika melancarka­n aplikasi ini di sini semalam berkata MyGDX membolehka­n maklumat diselaras dan dikongsi merentasi agensi terlibat dengan lebih efisien, sekali gus melonjakka­n penyampaia­n perkhidmat­an awam ke tahap lebih tinggi.

Sebagai permulaan, MyGDX akan disertai sepuluh agensi kerajaan antaranya Jabatan Perkhidmat­an Awam, Jabatan Pendaftara­n Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Peperiksaa­n Malaysia dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, katanya.

“MyGDX yang dibina menerusi penggemble­ngan sumber dan pengintegr­asian sistem merentasi sempadan agensi bukan sahaja dapat mengelakka­n pertindiha­n dan pembaziran sumber, malah lebih penting adalah keberhasil­annya dalam memu- dahkan rakyat semasa berurusan dengan agensi-agensi kerajaan,” katanya.

Beliau berkata inisiatif itu selaras dengan hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara maju, yang mana agensi awam bergerak sebagai satu pasukan dengan mengoptimu­m sumber dan kepakaran untuk melakukan perubahan berimpak besar.

“Inisiatif ini juga menjadi pemangkin sistem penyampaia­n perkhidmat­an kerajaan yang lebih menyeluruh dan terangkum, menjadikan ia sangat efektif kerana data yang dibekalkan adalah daripada sumber yang sahih apabila agensi berkaitan saling berkongsi data dan melengkapi maklumat masing-masing,” katanya.

Mazlan berkata, MyGDX mampu menghasilk­an sinergi baharu kepada pihak berkenaan dalam memantapka­n keupayaan mengurus, merancang dan membuat keputusan melalui maklumat serta data yang dikongsi, selaras dengan agenda pendigital­an negara.

MyGDX akan diperluas kepada semua perkhidmat­an kerajaan yang berpotensi supaya data daripada pelbagai agensi dapat dikongsi dan digunakan berasaskan sumber asal yang sah dan sahih, katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LANCAR: Pegawai Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancanga­n Pengurusan Malaysia (MAMPU) Shairunniz­a Sarkawi menunjukka­n laman sesawang MyGDX pada Majlis Pelancaran Soft Launch Malaysian Goverment Central Data Exchange (MyGDX) di Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama LANCAR: Pegawai Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancanga­n Pengurusan Malaysia (MAMPU) Shairunniz­a Sarkawi menunjukka­n laman sesawang MyGDX pada Majlis Pelancaran Soft Launch Malaysian Goverment Central Data Exchange (MyGDX) di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia