Utusan Borneo (Sarawak)

Penubuhan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara ke kabinet minggu depan

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an akan membawa usul penubuhan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara ke kabinet minggu ini.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata ketika ini pihaknya sedang menyenarai pendek pakar yang akan terlibat dalam majlis tersebut bagi memastikan sebarang keputusan yang dibuat dapat dilaksanak­an untuk jangka panjang.

“Ada lima kluster (yang akan diwujudkan) dan kita akan panggil pakar dalam setiap kluster tersebut. Bila ada kluster kita perlukan orang yang betul- betul memahaminy­a ( supaya) apabila kita umum (dasar) kita nak pastikan tidak ada ‘flip-flop’,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen ‘Magic of Ong 2018’ Tesco, di sini semalam.

Lima kluster berkenaan ialah perumahan, pengangkut­an, utiliti, makanan dan minuman.

Pada Disember lepas, Hamzah dilaporkan berkata kerajaan bersetuju menubuhkan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara bagi membantu rakyat mende- pani kenaikan kos sara hidup.

Usul itu diutarakan oleh Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jamawi Jaafar pada Perhimpuna­n Agung UMNO 2017 yang berlangsun­g pada awal Disember lalu.

Sementara itu, Hamzah berkata aplikasi ‘Price Catcher’ dijangka dilancarka­n secara rasmi pada awal bulan depan.

Aplikasi itu yang diperkenal­kan pada Oktober tahun lepas bertujuan memudahkan pengguna membuat perbanding­an harga barang di pasar raya di seluruh negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia