Utusan Borneo (Sarawak)

Calon wakil rakyat digalak jalani pemeriksaa­n kesihatan Tugas sebagai seorang wakil rakyat bukanlah sesuatu yang mudah

-

ALOR GAJAH: Semua calon Barisan Nasional ( BN) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke14 ( PRU14) digalakkan untuk menjalani pemeriksaa­n kesihatan walaupun sehingga kini masih belum ada arahan khusus daripada Perdana Menteri untuk berbuat demikian, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramania­m.

Beliau berkata, terpulang kepada calon itu sendiri untuk membuat pilihan sama ada mereka perlu melakukan pemeriksaa­n kesihatan sebelum bertanding kerana tugas sebagai wakil rakyat bukanlah sesuatu perkara yang mudah.

“Saya nasihatkan agar calon yang mempunyai masalah kesihatan lebih baik tampil memaklumka­n kepada perdana menteri menolak tawaran menjadi calon atas faktor kesihatan,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, ini adalah untuk mengelak daripada

Saya nasihatkan agar calon yang mempunyai masalah kesihatan lebih baik tampil memaklumka­n kepada perdana menteri menolak tawaran menjadi calon atas faktor kesihatan.

gagal melakukan tugas sebagai wakil rakyat sehingga akhirnya membebanka­n rakyat.

Beliau mengulas mengenai pendirian Ketua Menteri Melak Datuk Seri Idris Haron mewajibkan semua calon BN di negeri ini menjalani pemeriksaa­n kesihatan sebelum menjadi calon pada PRU14.

Dr Subramania­m dan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanath­an sebelum itu membuat lawatan rasmi ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Rumbia, di sini semalam.

Dalam perkembang­an lain, Dr Subramania­m berkata masyarakat India perlu faham bahawa semua isu yang digembar-gemburkan oleh pihak tertentu di akhbar berbahasa Tamil hanyalah bertujuan untuk memburuk- burukkan kerajaan sahaja.

“Mereka hanya menjadi ‘wira’ di dada akhbar sebaliknya isu tersebut diselesaik­an oleh pemimpin yang bertanggun­gjawab ( pemimpin BN) yang sentiasa bertungkus lumus membantu rakyat dari semasa ke semasa,” katanya.

Sementara itu, Kamalanath­an berkata program DualLangua­ge Programme (DLP) subjek Sains dan Matematik adalah merupakan pilihan Ibu bapa dan tiada paksaan daripada Kementeria­n Pendidikan.

“Kami beri peluang kepada ibu bapa yang ingin anak mereka mengambil program DLP dan pada masa yang sama menghormat­i keputusan ibu bapa yang menolak program tersebut,” katanya.

Kamalanath­an berkata tidak wujub aspek paksaan dalam program tersebut kerana ia hanya dapat dilakukan sekiranya sekolah terbabit menepati beberapa kriteria tertentu antaranya mendapat persetujua­n sekurang-kurangan daripada 15 ibu bapa, sekolah mempunyai guru yang mampu melaksanak­an program itu dan sekolah mempunyai bilik darjah yang mencukupi bagi menjalanka­n program DLP. — Bernama

Datuk Seri Dr S. Subramania­m Menteri Kesihatan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia