Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat fesyen hanya sebagai pelabur dalam projek mega: Lim

-

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang mengakui dan mempertaha­nkan pembabitan sebuah syarikat fesyen tempatan yang menjadi pemegang saham syarikat tujuan khas (SPV) dalam projek terowong dasar laut di negeri ini.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata pembabitan syarikat produk pakaian dan aksesori itu adalah sebagai pelabur dan bukan pelaksana utama dalam projek itu.

“Perjanjian yang kami tandatanga­ni pada 2013 adalah antara Consortium Zenith, Beijing Urban Constructi­on Group Co Ltd (BUCG) yang sudah tarik diri, saya mewakili kerajaan negeri dan China Railway Constructi­on Corporatio­n Ltd (CRCC) sebagai kontraktor utama projek.

“Projek ini telah dikendali melalui tender terbuka yang diuruskan oleh Jawatankua­sa Tender Negeri yang dipengerus­ikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri,” katanya di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pada Sabtu lepas, yang mempersoal­kan pembabitan sebuah syarikat fesyen tempatan dalam projek terowong dasar laut itu.

Lim mendakwa ini tindakan bermotif politik untuk cemar nama baik kerajaan negeri pimpinan DAP.

Terangnya, penglibata­n syarikat fesyen ini adalah sama seperti penglibata­n Kementeria­n Kewangan yang memiliki saham 51 peratus dalam projek Tun Razak Exchange (TRX).

“Kita tahu bukan Kementeria­n Kewangan yang bina, pemaju lain yang bina tetapi adakah pembelian saham itu munasabah dan berkepenti­ngan kepada orang awam,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia