Utusan Borneo (Sarawak)

Dua helikopter angkut 242 pelajar Orang Asli ke sekolah

-

GUA MUSANG: Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berpangkal­an di Subang, Selangor menyediaka­n dua helikopter bagi mengangkut keluar 242 pelajar Orang Asli yang terkandas di empat pos penempatan di pedalaman jajahan ini untuk dihantar ke sekolah di sekitar bandar ini.

Komander Pasukan Khas Unit Udara JBPM, Penguasa Bomba Cik Hamdan Ham- zah berkata, operasi selama tiga hari bermula semalam dilakukan berikutan laluan jalan darat ke perkampung­an berkenaan rosak akibat hujan musim tengkujuh.

“Dua helikopter yang digunakan itu membabitka­n pesawat AW139 yang boleh memuatkan enam pelajar untuk satu penerbanga­n manakala helikopter A109E pula memuatkan 11 pelajar bagi satu penerbanga­n,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Cik Hamdan berkata semalam, operasi bermula jam 10 pagi dengan tumpuan untuk mengangkut 77 pelajar di Pos Balar dan Pos Belatim dengan mengambil masa kira-kira 40 minit bagi satu penerbanga­n.

“Esok (hari ini), penerbanga­n ke Pos Bihai mengambil 114 pelajar manakala pada 17 Jan ke Pos Gob untuk mengambil 51 pelajar,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kelantan Azman Ngadiron berkata, pelajar terbabit akan tinggal di asrama sekolah masingmasi­ng.

Beliau berkata pihaknya menghargai kerjasama yang diberikan oleh pihak JBPM dalam usaha membolehka­n anak-anak Orang Asli meneruskan persekolah­an mereka. — Bernama BENTONG: Barisan Nasional (BN) Pahang telah menyerahka­n senarai calonnya untuk Pilihan Raya Umum Ke14 kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan agihan kerusi antara parti komponen juga dikekalkan, kata Pengerusin­ya Datuk Seri Adnan Yaakob.

Adnan yang juga Menteri Besar Pahang, berkata sekarang terserah kepada Najib selaku Pengerusi BN untuk menimbang dan membuat keputusan akhir berhubung senara itu.

“Di Pahang kita akan letakkan calon ikut tradisi kerusi parti komponen kerana itu hak parti komponen,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an sumbangan pada Majlis Bantuan Anak Pahang (BAP) 2018 peringkat Dewan Undangan Negeri Pelangai, di sini semalam.

Ditanya mengenai peratusan muka baharu, Adnan berkata isu muka baharu atau lama tidak timbul memandangk­an pemilihan calon dibuat berdasarka­n kehendak masyarakat di kawasan yang berkenaan.

“Saya tidak kira muka lama atau muka baharu, kita pilih calon bukan berdasarka­n siapa yang kita mahu tetapi lebih kepada calon yang orang ramai suka. Kita mahu yang terbaik untuk rakyat, tidak guna kalau calon muda pun tetapi rakyat tidak suka,” katanya.

Pada masa sama, Adnan berkata beliau telah meminta semua jentera parti di peringkat cawangan dan bahagian supaya memperkema­s jentera masing-masing serta lebih kerap turun padang bagi mendekati rakyat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia