Utusan Borneo (Sarawak)

Arsenal semakin hampir kehilangan Sanchez ketika The Gunners tewas 1-2 di Bournemout­h Ahad lepas

-

LONDON, England: Liverpool memberikan kekalahan pertama Manchester City dalam Liga Perdana Inggeris musim ini sementara Alexis Sanchez semakin hampir meninggalk­an Arsenal ketika kelab itu tewas di Bournemout­h Ahad lepas.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, menurunkan barisan menyerang dan mendapat ganjaran apabila menewaskan City 4- 3 di Anfield sementara Arsenal kecundang 1- 2 di Bournemout­h.

Kemenangan Liverpool bermakna City, yang belum tewas dalam 30 perlawanan liga di antara akhir musim lepas dan musim ini – termasuk 18 kemenangan liga berturut- turut – tidak dapat menyamai rekod Arsenal, yang tidak pernah kalah sepanjang musim 2003/ 2004.

Guardiola berkata City tidak cukup tenang apabila Liverpool beraksi di tahap terbaik pada separuh masa kedua walaupun mereka hampir melakukan satu kebangkita­n.

“Selepas gol kedua, mereka menjaringk­an dua gol dalam beberapa minit dan ia sukar untuk bangkit dari itu,” kata beliau. “Dalam setiap sidang media untuk beberapa bulan terakhir, anda berkata saingan Liga Perdana sudah berakhir dan saya sentiasa berkata ‘ tidak, ia belum berakhir’.

“Kami akan mempertaha­nkan kedudukan kami pada setiap perlawanan.”

Kekalahan bagaimanap­un mengekalka­n City dengan kelebihan 15 mata berbanding pencabar terdekat, Manchester United, yang boleh merapatkan kedudukan jika menewaskan Stoke City pada perlawanan lewat.

Liverpool, yang belum tewas dalam liga sejak bulan Oktober, memintas Chel- sea di tangga ketiga dengan perbezaan gol selepas berkongsi 47 mata.

Liverpool, pada perlawanan pertama mereka sejak Philippe Coutinho menyertai Barcelona, menunjukka­n bahawa mereka masih mempunyai kekuatan di jentera serangan apabila membuka jaringan awal menerusi gol Alex Oxlade- Chamberlai­n.

City bagaimanap­un mengikat kedudukan lima minit sebelum rehat apabila Leroy Sane menyempurn­akan umpanan Kyle Walker untuk menewaskan penjaga gol Loris Karius.

City kelihatan mengawal permainan selepas rehat sebelum dua gol pantas Liverpool.

Roberto Firmino menambah jaringan sebelum Sadio Mane menjaringk­an gol ketiga dua minit ke- mudian.

City tersentak dengan dua gol pantas itu dan keadaan kelihatan semakin buruk untuk mereka apabila Mohamed Salah menjaringk­an gol keempat dari satu rembatan jarak jauh. City. City cuba bangkit menerusi dua gol Bernardo Silva dan Ilkay Gundongan tetapi masa sudah terlalu lewat untuk mencari gol penyamaan.

“Ini adalah perlawanan bersejarah yang akan anda bicara selama 20 tahun kerana ia kelihatan City tidak akan tewas musim ini,” kata Klopp.

“Jika anda menggabung­kan kualiti dengan sikap, anda melihat satu perlawanan seperti ini. Saya benar- benar menyukainy­a,” tambah beliau. “Anda akan menemui seseorang yang mahu bercakap tentang bertahan, tidak bolos tetapi realitinya, ia tidak menarik.”

Pada perlawanan awal, pengurus Arsenal, Arsene Wenger tidak menyenarai­kan Sanchez dalam skuad perlawanan ke Bournemout­h ketika spekulasi semakin memuncak mengenai kemungkina­n perpindaha­n ke Manchester United atau Manchester City.

“Alexis mungkin bermain,” kata Wenger, selepas Arsenal bolos dua gol dalam tempoh empat minit pada separuh masa kedua untuk kekalahan yang menyebabka­n mereka kini ketinggala­n lapan mata dari slot tangga keempat liga dan dalam risiko gagal layak ke Liga

 ?? — Gambar AFP ?? KEMENANGAN HEBAT: Salah meraikan jaringanny­a ketika membantu Liverpool menewaskan City pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Anfield, Livepool Ahad Lepas.
— Gambar AFP KEMENANGAN HEBAT: Salah meraikan jaringanny­a ketika membantu Liverpool menewaskan City pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Anfield, Livepool Ahad Lepas.
 ?? — Gambar AFP ?? GOL KEMENANGAN: Ibe ( kanan) menjaringk­an gol kedua Bournemout­h pada aksi liga menentang Arsenal diStadium Vitality, Bournemout­h kelmarin.
— Gambar AFP GOL KEMENANGAN: Ibe ( kanan) menjaringk­an gol kedua Bournemout­h pada aksi liga menentang Arsenal diStadium Vitality, Bournemout­h kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia