Utusan Borneo (Sarawak)

Tanpa Coutinho, Klopp tidak tunjukkan sebarang masalah

-

LIVERPOOL, England: Kemenangan 4-3 Liverpool ke atas Manchester City Ahad lepas dan menamatkan rekod tanpa kalah pendahulu Liga Perdana Inggeris itu adalah kenyataan terbaik pasukan ekoran perpindaha­n Philippe Coutinho ke Barcelona, menurut pengurus kelab, Jurgen Klopp.

Coutinho, antara penyerang utama Liverpool, menyertai Barcelona dengan yuran perpindaha­n bernilai 142 juta pound minggu lepas tetapi anak buah Klopp tidak menunjukka­n sebarang masalah dengan ketiadaan Coutinho ketika menentang Manchester City.

“Ia satu kenyataan yang betul,” kata Klopp pada satu sidang media.

“Ia bukan apa yang saya kata dalam satu pertemuan pasukan ‘ia akan membantu jika kamu menang dan tiada siapa bercakap tentang Philippe Coutinho’ kerana kami mahu bercakap tentang beliau sebenarnya.

“Beliau mungkin bergembira dengan jersi di bilik persalinan Barcelona ketika ini dan juga gembira dengan kemenangan kami. Sudah tentu, bagi kami, ia penting untuk menunjukka­n kami boleh bermain tanpa beliau dan kami berjaya melakukann­ya. Jadi ia adalah satu kenyataan yang sangat penting.”

Alex Oxlade-Chamberlai­n membuka jaringan pada awal permainan untuk memulakan permainan bergaya Liverpool sebelum Roberto Firmino, Sadio Mane dan Mohamed Salah menambah jaringan selepas rehat.

City, yang masih memiliki kelebihan 15 mata di singahsana liga berbanding pencabar terdekat, memberikan saingan yang kuat dengan Leroy Sane mengikat kedudukan 1-1 sebelum rehat sebelum Bernardo Silva dan Ilkay Gundogan merapatkan lagi kedudukan bagi memastikan penamat yang mendebarka­n.

“Ia menarik untuk uk ditonton,” kata Klopp. p. “Bagaimana dua pasuukan melakukan serangan. an. Kedua-dua pasukan cuba ba bermain bola sepak tanpa npa banyak kekasaran keras. s.

“Ia sangat menarik dari segi komersial untuk bola sepak Liga Perdana. Seluruh dunia menonton on perlawanan ini. Jika ka ada orang tidak suka a bola sepak, mereka mungkin berkata, ‘jadi kerana inilah anda menonton bola sepanjang masa’.”

L i v e r p o o l , y a n g memintas Chelsea ke tangga ngga ketiga tetapi masih berkongong­si mata dengan Chelsea a dan Manchester United, boleh dimaafkan kerana mengambil gambil pendekatan lebih konservati­f ervatif selepas dibelasah 0-5 oleh hCi City pada perlawanan yang sama musim ini tetapi rancangan Klopp untuk bermain secara menyerang terbukti berkesan. — AFP

 ??  ?? KLOPP
KLOPP
 ??  ?? GIGGS
GIGGS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia