Utusan Borneo (Sarawak)

Di Maria bantu PSG bangkit benam Nantes pada aksi penuh kontrovers­i

-

PARIS, Perancis: Angel Di Maria menjaringk­an gol tunggal kemenangan ketika Paris Saint Germain (PSG) mencipta kemenangan di Nantes pada perlawanan penuh kontrovers­i dengan penyingkir­an lewat pemain Ahad lepas.

Ada juga drama dalam masa tambahan ketika pemain pertahanan tengah Nantes, Diego Carlos dibuang padang oleh pengadil Tony Chapron kerana dilihat secara tidak sengaja menjatuhka­n pengadil, yang bertindak balas dengan menendang kaki pemain dari Brazil itu sebelum mengeluark­an kad kuning kedua perlawanan.

Pemain memberitah­u televisyen Perancis selepas perlawanan di mana Chapron mendakwa beliau tergelinci­r dan bukan menendang balas Carlos secara sengaja walaupun bukti video menunjukka­n sebaliknya.

Di Maria menjaringk­an gol kemenangan pada minit ke-12 untuk PSG sebelum terlepas peluang menambah jaringan dengan satu cubaan sedikit tersasar dalam separuh masa pertama.

Emiliano Sala memikirkan beliau mengikat kedudukan buat Nantes tetapi gol tidak dibenarkan kerana ofsaid.

Jurulatih PSG, Unai Emery mengambil sepenuh kesempatan dari kemenangan itu dan juga keputusan seri bagi Monaco dan Lyon pada awal minggu, untuk berada berkelebih­an 11 mata di tangga teratas liga.

“Ia adalah perlawanan yang berbeza,” kata Emery.

“Ini adalah pasukan yang sukar yang memberikan kami banyak tekanan. Ia benar di mana dalam separuh masa kedua mereka memberikan saingan yang kuat tetapi saya fikir kemenangan kami adalah selayaknya.”

Nantes kekal di tangga kelima liga tetapi lapan mata di belakang Marseille, yang menduduki tangga keempat liga.

“Kami tidak sepatutnya menjaringk­an gol tetapi di sini, tiada video bantuan pengadil (VAR) seperti di Itali,” kata jurulatih Nantes, Claudio Ranieri.

“Sala datang dari belakang dan gol itu sepatutnya sah tetapi ia lumrah bola sepak.”

Neymar, pemain termahal dunia, tidak beraksi buat PSG kerana kecederaan tetapi Edinson Cavani kembali dari kecederaan untuk memburu dua gol bagi mengatasi rekod gol kelab yang dipegang Zlatan Ibrahimovi­c.

Di Maria mengambil sepenuh kesempatan dari ketiadaan Neymar apabila membuka jaringan untuk gol ketujuh beliau musim ini.

Beliau hampir menambah jaringan sebelum rehat tetapi rembatanny­a terkena palang. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PRESTASI HEBAT: Di Maria (dua kiri) dikerumuni rakan sepasukan selepas menjaringk­an gol kemenangan PSG pada perlawanan Ligue 1 Perancis menentang Nantes di Stadium La Beaujoire, Nantes pada Ahad lepas.
— Gambar AFP PRESTASI HEBAT: Di Maria (dua kiri) dikerumuni rakan sepasukan selepas menjaringk­an gol kemenangan PSG pada perlawanan Ligue 1 Perancis menentang Nantes di Stadium La Beaujoire, Nantes pada Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia