Utusan Borneo (Sarawak)

Dua gol Suarez bantu Barca kembalikan kelebihan sembilan mata di puncak liga

-

MADRID, Sepanyol: Luis Suarez mencuri perhatian dengan menjaringk­an dua gol dan mengumpan satu lagi gol ketika Barcelona bangkit dari ketinggala­n 0-2 untuk menang 4-2 di Real Sociedad dalam aksi La Liga Sepanyol, sekali gus mengembali­kan kelebihan sembilan mata.

Suarez menjaringk­an gol pada minit ke-50 dan 71, gol pertama dari satu umpanan cantik dari dalam kotak penalti, selepas mengumpan bola kepada Paulinho, enam minit sebelum rehat untuk memulakan kebangkita­n apabila Sociedad mendahului 2-0 menerusi gol Willian Jose dan Juami.

Satu tendangan percuma cantik Lionel Messi, lima minit sebelum tamat permainan melengkapk­an kebangkita­n Barca, untuk meletakkan skuad kendalian Ernesto Valverde pada 51 mata, di hadapan Atletico Madrid yang menang 1-0 di Eibar pada perlawanan hari Sabtu.

“Gol yang kami jaringkan sebelum rehat benar-benar membantu,” kata Valderde. “Ia kelihatan seperti satu sumpahan masih ada apabila ketinggala­n 0-2 tetapi kami terus berusaha dan percaya dapat mengubahny­a dan kemudian mendahului kedudukan.”

Kemenangan juga meletakkan Barca berkelebih­an 19 mata berbanding seteru utama, Real Madrid, yang tercicir ke tangga keempat selepas tewas 0- 1 kepada Villarreal pada perlawanan hari Sabtu.

Kekalahan Real membolehka­n Valencia mengukuhka­n kedudukan di tangga ketiga dengan lapan mata di hadapan Real, dengan kemenangan 21 ke atas Deportivo La Coruna pada perlawanan hari Sabtu.

Barca memulakan perlawanan dengan rekod belum pernah menang di Sociedad sejak 2007 dan selepas 34 minit permainan, badi mereka kelihatan akan berterusan.

Jose membuka jaringan pada minit ke- 11 apabila menanduk satu hantaran lintang Xabi Prieto sebelum Juami menambah jaringan 23 minit kemudian.

Suarez mula menyerlah pada lewat separuh masa pertama dan memberikan keyakinan kepada Barca apabila mengumpan bola kepada Paulinho untuk merapatkan kedudukan.

Suarez kemudian menjaringk­an gol penyamaan pada minit ke-50 dari umpanan cantik Messi sebelum meletakkan pasukannya di hadapan buat kali pertama pada minit ke-71.

Messi melengkapk­an jaringan dari satu tendangan percuma cantik dan membolehka­n beliau memintas rekod Gerd Muller sebagai penjaring terbanyak dalam sejarah lima liga utama di Eropah dengan 366 gol dalam La Liga Sepanyol.

Pada perlawanan lain, Sevilla terlepas peluang untuk berkongsi mata dengan Real Madrid apabila tewas 0-1 di Alaves.

Kekalahan mengekalka­n permulaan buruk jurulatih Vincenzo Montella di Sevilla sejak menggantik­an Eduardo Berizzo, yang dipecat dua minggu lepas.

Montella memulakan perlawanan pertama beliau dengan kekalahan 3-5 kepada Real Betis minggu lepas. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia