Utusan Borneo (Sarawak)

Sejumlah RM20,000 hadiah wang tunai bakal direbut

-

SARIKEI: Sejumlah RM20,000 jumlah hadiah wang tunai bakal direbut peserta pertanding­an ‘ Sarawak Strongestm­an and Woman 2018’ pada 24 dan 25 Februari depan.

Pertanding­an itu dibahagika­n kepada dua kategori iaitu terbuka lelaki dan wanita.

Venue utama pertanding­an di pekarangan Dewan Suarah Sarikei bermula jam 7 pagi hingga 5 petang.

Pertanding­an itu menggalakk­an lebih ramai terlibat dengan aktiviti sukan lasak.

Selain turut berperanan mengelak belia terlibat aktiviti kurang berfaedah seperti gejala sosial tidak sihat.

Pertanding­an itu juga mempromosi­kan Sarikei sebagai pusat pelanconga­n aktiviti sukan lasak.

Antara aturcara pertanding­an bagi kategori lelaki ialah ‘Car Deadlift’, ‘Tyre Flip’, ‘Atlas Stone’, ‘Trusk Pull’, ‘Log Carry Yoke’, ‘Log Frame’ dan ‘Gaint Log Frame’.

Sementara itu, bagi kategori wanita, acara bakal dipertandi­ngkan ialah ‘Car Deadlift’, ‘ Tyre Flip’, ‘Atlas Stone’, ‘Yoke’ dan ‘Farmers Walk’.

Bagi Terbuka Lelaki antara hadiah ditawarkan bagi tempat pertama ialah wang tunai berjumlah RM5,000, piala, pingat dan sijil.

Tempat kedua RM3,000, piala, pingat dan sijil manakala ketiga RM2,000, piala, pingat dan sijil, keempat RM900, piala, pingat dan sijil, kelima RM800, piala, pingat dan sijil, pemenang keenam hingga ke-10 turut menerima hadiah wang tunai RM100, pingat dan sijil.

Bagi Terbuka Wanita, hadiah ditawarkan kepada juara ialah RM3,000, piala, pingat dan sijil manakala naib juara ( RM2,000), piala, pingat dan sijil serta ketiga (RM1,000), piala, pingat dan sijil.

Pemenang keempat membawa pulang wang tunai berjumlah RM800, piala, pingat dan sijil, kelima ( RM500), piala, pingat dan sijil. Sementara pemenang tempat keenam hingga ke- 10 menerima wang tunai RM50, pingat dan sijil.

Penyertaan bagi pertanding­an ‘Sarawak Strongestm­an and Woman 2018’ kini dibuka dan tarikh tutup pada 13 Februari depan.

Peserta berminat dikenakan yuran penyertaan RM250 untuk kategori lelaki manakala RM150 kategori wanita.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada urus setia pertanding­an, Marcus Enggai di talian 0198482192 dan Lily Anem (010-9666196).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia