Utusan Borneo (Sarawak)

Penyertaan acara Jom Berekot 2.0 masih dibuka

-

KUCHING: Penyertaan bagi acara Jom Berekot 2.0 dan Agenda Race pada 27 Januari ini masih dibuka kepada orang ramai.

Acara tersebut adalah sempena Majlis Agenda Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) 2018 dalam usaha memupuk gaya hidup sihat kalangan warga kota.

Program akan bermula jam 7 pagi di Square Tower, Tebingan Sungai Kuching di sini.

Yuran penyertaan adalah RM60 seorang berserta sehelai baju dan satu unit medal Jom Berekot 2.0.

Manakala penyertaan bagi Agenda Race 2.0 pula adalah RM120 bagi 10 kumpulan pertama yang terawal mendaftar.

Pendaftara­n bagi kumpulan seterusnya akan dikenakan RM150 dengan setiap kumpulan terdiri daripada tiga ahli. Setiap ahli dalam kumpulan menerima satu unit topi dan satu unit tuala khas.

Menurut kenyataan DBKU kelmarin, pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga Agenda Race masing-masing menerima hadiah wang tunai RM500, RM300 dan RM200.

Tarikh tutup penyertaan bagi kedua-dua acara itu pada 24 Januari ini dengan borang pendaftara­n boleh didapati di semua Kaunter Pembayaran DBKU.

Peserta Jom Berekot 2.0 boleh mendapatka­n Pek Perlumbaan pada 23 dan 24 Januari bermula jam 3 petang hingga 8 malam di Lobi Kompleks Islam Sarawak, Jalan P Ramlee di sini.

Mereka berminat menyertai Jom Berekot 2.0 boleh hubungi Bahagian Perhubunga­n Komuniti dan Khidmat Sosial DBKU di talian 082-236223.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia