Utusan Borneo (Sarawak)

Atlet bina badan Brunei dominasi Muscle Peak Classic

-

MIRI: Atlet-atlet bina badan dari Brunei Darussalam mendominas­i pertanding­an Muscle Peak Classic diadakan sempena Miri Trade Fair (MITRAF) di Permaisuri Imperial City Mall di sini kelmarin.

Juara tunggal dari Miri, Azri Asmat Sefri dari Gym Miak Besi memenangi kategori bawah 70 kilogram (kg).

Beliau menerima hadiah RM1,388, supplement bernilai RM250, trofi, baju T dan sijil penyertaan.

Dua juara dari Brunei ialah Zarizal Johari untuk kategori atas 70kg dan Abdul Salam Awang Aji untuk kategori ‘Sport Physique’.

Mereka masing- masing menerima hadiah RM1,388 dan RM1,088 berserta supplement bernilai RM250, trofi, baju T dan sijil penyertaan. Tempat kedua dan ketiga untuk semua kategori juga dimenangi peserta Brunei.

Untuk kategori bawah 70kg, pemenang kedua dan ketiga ialah Muhamad Alimasdi Alisa dan Asriwendy Majid.

Tempat kedua dan ketiga kategori atas 70kg ialah Hadiman Yahman dan Abu Sufian Musa.

Mereka masing- masing menerima RM888 dan RM688 berserta supplement bernilai RM250, trofi, baju T dan sijil penyertaan.

Sementara tempat kedua dan ketiga kategori ‘Sport Physique’ ialah Khairol Azmi Omar dan Md Tajul Asikin Jafar. Mereka masing-masing menerima RM688 dan RM388 berserta supplement bernilai RM250, trofi, baju T dan sijil penyertaan.

Hadiah ditaja bersama kedai nutrisi dan supplement bina badan Muscle Peak Miri dan See Hua Marketing Sdn Bhd sebagai penganjur utama MITRAF.

Pertanding­an menarik peny- ertaan 45 atlet-atlet bina badan di Miri, Brunei serta seorang dari Mesir.

Hadiah disampaika­n pemilik Muscle Peak Miri, Christophe­r Peter dan pengurus acara, Lina Wong.

MITRAF kali ke-17 diadakan bermula 11 Januari lalu selama empat hari disertai 60 gerai menjual barangan elektrik dan elektronik, makanan dan minuman, produk kecantikan dan perkhidmat­an.

Pengunjung dihiburkan dengan pelbagai persembaha­n pentas serta memenangi hadiah pertanding­an yang dikendalik­an sepanjang pameran.

 ??  ?? BANGGA: Azri menerima hadiah daripada Christoper setelah memenangi kategori bawah 70kg Muscle Peak.
BANGGA: Azri menerima hadiah daripada Christoper setelah memenangi kategori bawah 70kg Muscle Peak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia