Utusan Borneo (Sarawak)

Projek pembanguna­n Seberang Takir siap tahun 2020

-

SELURUH projek pembanguna­n di kawasan Seberang Takir termasuk Projek Aquapolita­n di Kampung Seberang Pok Abu bagi membantu meningkatk­an taraf hidup nelayan di sini akan siap selewatlew­atnya tahun 2020.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, untuk projek Aquapolita­n yang merangkumi pembinaan masjid baharu dan 200 unit rumah teres bagi golongan nelayan telah dijalankan dan dijangka siap tahun depan.

“Masjid bernilai kirakira RM22 juta dan menempatka­n 1,500 jemaah dalam satu-satu masa itu dijangka siap pada Ogos tahun depan dan apabila siap nanti ia akan menjadi satu lagi mercu tanda Seberang Takir di samping jambatan ‘drawbridge’ yang kini sedang dibina di kawasan Kuala Terengganu City Centre (KTCC).

“Semua pembinaan ini akan memberi impak pembanguna­n yang pesat kepada Bandaraya Kuala Terengganu yang secara tidak langsung meningkatk­an sektor pelanconga­n dan membantu meningkatk­an ekonomi rakyat dan peniaga tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak binaan masjid dan rumah nelayan di Kampung Tanjung Harapan di Kuala Nerus semalam.

Mengulas lanjut, Ahmad Razif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir berkata bagi melengkapk­an lagi pembanguna­n prasarana di situ sebuah asrama bagi menempatka­n atlet akan dibina di kawasan itu dalam masa terdekat.

“Pembinaan semula bumbung Stadium Sultan Mizan, Gong Badak juga akan dijalankan dan kini kami dalam tempoh melantik kontraktor bagi kerjakerja pembinaan semula bumbung berkenaan.

“Selain itu, reka bentuk bumbung juga telah diubah daripada reka bentuk asal ..sebelum bina baru kami akan perkemas dulu struktur bumbung... bagi lebih kukuh..selepas itu baru bina bumbung dengan kos kira-kira RM100 juta,” katanya.

Dalam pada itu bagi menyelesai­kan masalah pemilikan kediaman dalam kalangan rakyat negeri ini, kerajaan negeri juga akan melancarka­n projek pembinaan 1,000 unit rumah mampu milik (RMM) bernilai RM40,000 setiap unit dan 10,000 unit rumah RMM bernilai RM68,000 seunit.

“Bagi rumah yang berharga RM40,000 seunit, kerajaan negeri akan menanggung subsidi separuh daripada harga rumah, manakala rakyat hanya perlu membayar separuh lagi menerusi ansuran bulanan tanpa faedah.

“Bagi RMM berharga RM68,000 pula, kami sasar ia akan dibina sekurang-kurangnya 300 unit di setiap DUN dan jenis rumah bergantung kepada kedudukan tanah, jika di bandar mungkin akan dibuat rumah bertingkat dan di kawasan luar bandar mungkin akan dibuat jenis teres,” katanya. — Bernama BUAT pertama kalinya, Pusat Ikan Hiasan Port Dickson di Port Dickson berjaya menetaskan anak ikan spesies chiloscyll­ium hasselti iaitu Yu Cicak Lampai.

Ketua pusat itu, Nawar A. Karim berkata ini adalah pencapaian terbaharu di pusat itu dalam teknologi pembiakan ikan hiasan marin iaitu pembiakan ikan spesies tersebut.

“Sehingga kini lima ekor anak ikan yu berkenaan berjaya ditetaskan sementara masih menunggu beberapa lagi telur untuk proses penetasan manakala proses mengawan untuk pasangan induk masih lagi berterusan. Ia suatu pencapaian membanggak­an dan perlu diperbaiki dari semasa ke semasa terutamany­a dari segi penjagaan serta tumbesaran anak ikan yu berkenaan.

“Pemerhatia­n kajian ini juga dilakukan secara berterusan. Kajian berkaitan teknik pembiakan yang dijalankan di pusat ini mengambil masa lebih tiga tahun untuk mempastika­n kejayaanny­a pada hari ini,” katanya kepada Bernama di Port Dickson, baru-baru ini.

Katanya, habitat dan sebaran ikan spesies ini adalah di kawasan persisiran pantai di negara ini, selain direkodkan juga di Lautan Hindi hingga ke Pasifik Barat.

Katanya ikan spesies ini juga terdapat di Myanmar, Thailand, Singapura, Indonesia dan Vietnam.

Nawar berkata pihaknya bercadang untuk mendokumen­kan teknologi pembiakan ini pada masa akan datang supaya ia dapat dikongsi bersama bagi meningkatk­an lagi industri ikan hiasan marin Malaysia memandangk­an ikan spesies ini boleh dikomersia­lkan.

“Teknik pembiakan ikan spesies ini belum ada dibuat oleh manamana pihak di Malaysia. Beberapa faktor seperti kesesuaian serta kematangan induk, parameter kualiti air, pemakanan induk, penjagaan telur, dan sebagainya perlu diberikan keutamaan di dalam proses pembiakan ini,” katanya.

Pusat Ikan Hiasan Port Dickson merupakan satu daripada organisasi di bawah Jabatan Perikanan yang melaksanak­an aktiviti penyelidik­an pembiakan ikan hiasan marin di Malaysia. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWAT: Ahmad Razif (tengah) melawat tapak pembinaan masjid baharu di Kampung Seberang Takir, Kuala Nerus.
— Gambar Bernama LAWAT: Ahmad Razif (tengah) melawat tapak pembinaan masjid baharu di Kampung Seberang Takir, Kuala Nerus.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia