Utusan Borneo (Sarawak)

Komposer, penulis lirik dan pencipta muzik Dayak perlu lebih proaktif

-

KUCHING: Komposer, penulis lirik dan pencipta muzik dalam industri muzik Dayak perlu lebih proaktif dalam menghasilk­an karya yang lebih kreatif.

Naib Pengerusi Persatuan Penggiat Seni dan Kebudayaan Dayak Kuching, Isa Lee berkata industri muzik Dayak dahagakan lagu-lagu dan muzik yang berkualiti serta kreatif.

Dalam mana-mana industri muzik katanya, kualiti sentiasa menjadi keutamaan kerana para pendengar kini semakin lebih kritikal dan memilih.

Justeru, bagi memastikan muzik Dayak terus bertahan, Isa menggesa semua komposer dan pencipta muzik untuk lebih kreatif dengan menambah elemen baru dan bernilai dalam lagu mereka.

“Selain melodi dan susunan muzik yang bagus, lirik dan muzik kreatif yang menggambar­kan kehidupan sebenar kita setiap hari adalah amat penting.

“Bagi memperbaik­i lirik lagu-lagu Iban, saya menggesa penulis lirik muda untuk merujuk kepada mereka yang pakar dalam bahasa Iban termasuk ahli-ahli dari Persatuan Pembanguna­n dan Pendidikan Bahasa Iban (AEDIL),” katanya.

Ditanya mengenai tapisan penilaian lagu etnik oleh RTM, Isa enggan mengulas panjang mengenai perkara ini kerana beliau percaya RTM mempunyai panel yang cukup berkelayak­an untuk melakukann­ya.

Cuma menurut Isa, beliau berharap panel tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk meluluskan atau tidak meluluskan lagu-lagu atau album tertentu.

Isa turut berharap lebih banyak karya-karya yang lebih kreatif akan dihasilkan oleh penggiat industri muzik Dayak sepanjang tahun 2018 ini.

 ??  ?? ISA LEE
ISA LEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia