Utusan Borneo (Sarawak)

Polis lerai keras protes di Tunis

-

COLOMBO: Presiden Sri Lanka kelmarin melaksanak­an semula pengharama­n selama empat dekad terhadap wanita membeli minuman keras, hanya beberapa hari selepas menteri kewanganny­a menarik balik sekatan tersebut.

Maithripal­a Sirisena menyatakan beliau mengarahka­n Menteri Kewangan Mangala Samaraweer­a untuk menarik balik keputusann­ya pada minggu lepas untuk membatalka­n undang- undang sejak 1970-an yang melarang penjualan semua jenis alkohol kepada wanita.

“Bermula esok ( Isnin), arahan menteri akan dibatalkan,” menurut pejabat Sirisena dalam satu kenyataan, sambil menambah status quo akan dikembalik­an namun tidak memberikan sebarang penjelasan.

Penarikan balik itu muncul selepas seorang pegawai kementeria­n kewangan memberitah­u Samaraweer­a menarik balik undang-undang berusia 39 tahun itu dalam usaha memansuhka­n rang undang-undang seksis dari kanun perundanga­n.

“Ideanya adalah untuk mengembali­kan keneutrala­n jantina,” jurucakap kementeria­n Ali Hassen menyebut tentang keputusan yang dibuat Rabu minggu lepas untuk menarik balik pengharama­n tersebut.

Namun keputusan minggu lepas untuk meringanka­n undang-undang alkohol mencetuska­n tindak balas dalam beberapa bahagian di negara majoriti Buddha dengan 21 juta populasi itu.

Pergerakan Nasional bagi Perlindung­an Hak Pelanggan menuduh menteri kewagan menggalakk­an pengambila­n alkohol, lantas menggesa Sirisena untuk campur tangan dan mengembali­kan sekatan tersebut.

Di bawah langkah baharu seterusnya yang dikemukaka­n Samaraweer­a, bar dan pub masih boleh dibuka lebih lama, manakala pengharama­n terhadap wanita daripada bekerja di bar, kilang pembuatan arak dan kilang bir ditarik balik.

Namun pejabat Sirisena menyatakan beliau mengu- rangkan tempoh operasi bar.

Namun tidak jelas daripada kenyataan Sirisena kelmarin sama ada keputusan untuk membenarka­n wanita bekerja dalam industri alkohol turut ditarik balik.

Pengharama­n terhadap wanita membeli minuman keras pada 1979 kemungkina­n mulanya bagi menenangka­n hirarki Buddha konservati­f, kata pegawai kementeria­n kewangan.

Kedai minuman keras turut dilarang menjual arak kepada pihak polis atau anggota pasukan bersenjata yang memakai pakaian seragam.

Samaraweer­a menyatakan sekatan tegas terhadap pengeluar minuman keras berlesen hanya menggalakk­an pasaran gelap arak tanpa lesen dan menghalang hasil pendapatan yang amat diperlukan negara.

Sri Lanka dalam bajetnya November lepas mendedahka­n peningkata­n cukai tinggi ke atas minuman keras, namun mengurangk­an tarif besar ke atas wain dan bir. — AFP TUNIS: Pihak polis melepaskan gas pemedih mata kelmarin untuk meleraikan puluhan penunjuk perasaan muda di daerah Ettadamen di Tunis yang mengadakan tunjuk perasaan terbaharu bagi mengecam kenaikan cukai selepas tempoh singkat bertenang sepanjang dua hari lepas.

Seorang saksi Reuters melihat kira- kira 20 belia melontar batu ke arah kereta polis dan membakar tayar sebelum pasukan keselamata­n mengusir mereka dengan menggunaka­n gas pemedih mata. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia