Utusan Borneo (Sarawak)

Fujimori terlantar lagi di hospital

-

LIMA: Alberto Fujimori, bekas presiden autoritari­an Peru yang dibebaskan daripada hukuman penjara 25 tahun susulan pengampuna­n kemanusiaa­n pada petang sebelum Krismas lepas, terlantar lagi di hospital dengan masalah jantung kelmarin, doktornya memberitah­u akhbar tempatan El Comercio.

Gambar yang ditunjukka­n stesen televisyen Canal N menunjukka­n Fujimori, 79, melambaika­n tangannya dari dalam trak sebaik tiba di klinik Centenario di Lima bersama anak lelakinya Kenji.

Sebelum ini, Fujimori pernah dimasukkan ke hospital pada Disember lepas hingga 5 Januari kerana masalah jantung, termasuk tekanan darah tinggi dan ‘arrhythmia’.

“Beliau akan menjalani beberapa pemeriksaa­n kerana walaupun beliau menunjuk- kan perkembang­an yang agak memberangs­angkan sepanjang tujuh hari tersebut, beliau belum lagi sepenuhnya stabil.

“Beliau mengalami ‘ arrhythmia’ jangka singkat,” menurut doktor utamanya Alejandro Aguinaga kepada El Comercio.

Presiden Pedro Pablo Kuczynski berkata kesihatan Fujimori menjadi faktor kepada pengampuna­nnya daripada pensabitan atas pencabulan hak asasi manusia serta tuduhan rasuah setelah meringkuk kurang separuh daripada hukuman asal.

Keputusan Kuczynski, yang dilihat meluas sebagai tindakan politik bagi mengelak digulingka­n Kongres, menyebabka­n peletakan jawatan dalam kabinet dan tunjuk perasaan besar-besaran. — Reuters

 ?? — Gambar AFP ?? TERLANTAR LAGI: Gambar 4 Januari 2018 menunjukka­n Fujimori ketika meninggalk­an klinik Centenario di Lima, Peru.
— Gambar AFP TERLANTAR LAGI: Gambar 4 Januari 2018 menunjukka­n Fujimori ketika meninggalk­an klinik Centenario di Lima, Peru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia