Utusan Borneo (Sarawak)

Pesawat Turki nyaris terjunam ke laut

-

ISTANBUL: Sebuah pesawat Pegasus Airlines terbabas dari landasan di sebuah lapangan terbang di pesisir pantai Turki lalu terjunam dari cerun tajam di hujung Laut Hitam, hanya beberapa meter dari kawasan air.

Tiada seorang pun daripada 168 orang di dalam pesawat itu tercedera dalam insiden tersebut, namun para penumpang amat panik ketika pesawat terjunam ke bawah menuju ke laut.

Hanya selepas penerbanga­n dari Ankara mendarat di bandar Trabzon di Laut Hitam terdapat bunyi dentuman yang sangat kuat, Fatma Gordu dipetik sebagai berkata oleh agensi berita milik negara Anadolu.

“Kami condong ke sebelah dan bahagian depan pesawat condong ke bawah manakala bahagian belakangny­a terangkat.

“Semua orang amat panik dan menjerit-jerit,” menurut beliau.

Ketika pesawat itu berhenti dalam lumpur tebal, para penumpang dapat menghidu bau gas.

“Kami menyangka akan berlaku kebakaran.

“Orang ramai berada dalam keadaan panik, terdapat wanita mengandung dan kanak-kanak,” jelas Gordu lanjut.

Rakaman video dalam media sosial menunjukka­n anggota bomba mengepam air ke arah pesawat itu pada malam Sabtu.

“Kejadian ini adalah satu keajaiban.

“Kami mungkin terbakar, kami mungkin meletup atau tenggelam di dalam laut,” menurut penumpang lain, Yuksel Gordu.

Gabenor Trabzon Yucel Yavuz berkata semua penumpang selamat dibawa keluar dari pesawat dan beberapa orang lagi dihantar ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga.

“Mereka semua baik-baik sahaja,” beliau memberitah­u Anadolu.

Pegasus Airlines menyatakan pesawat Boeing 737-800 itu mengalami insiden laluan perjalanan pendek ketika ia mendarat namun kesemua 162 penumpang, dua juruterban­g dan empat kru kabin tidak mengalami kecederaan. — Reuters

 ?? — Gambar Ihlas News Agency/Reuters ?? TERBABAS: Pesawat Pegasus Airlines tersekat dalam lumpur tebal selepas terbabas dari landasan di lapangan terbang di pesisir pantai Turki lalu terjunam dari cerun tajam di hujung Laut Hitam, hanya beberapa meter dari kawasan air.
— Gambar Ihlas News Agency/Reuters TERBABAS: Pesawat Pegasus Airlines tersekat dalam lumpur tebal selepas terbabas dari landasan di lapangan terbang di pesisir pantai Turki lalu terjunam dari cerun tajam di hujung Laut Hitam, hanya beberapa meter dari kawasan air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia