Utusan Borneo (Sarawak)

NIBM, Ritz Biotech meterai MoU

-

GEORGE TOWN: Institut Bioteknolo­gi Negara (NIBM) dan sebuah syarikat yang terlibat dalam pengeluara­n produk berasaskan tumbuhan herba guarana Ritz Biotechnol­ogy Developmen­t Sdn Bhd (Ritz Biotech) semalam menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) bagi mengkaji secara mendalam tentang pelbagai khasiat, kebaikan dan kegunaan guarana.

Menurut Pengerusi NBIM yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia

(MOSTI) Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah berkata jalinan kerjasama tersebut merupakan satu indikator dalam aktiviti penyelidik­an dan pembanguna­n melalui kemudahan dan kepakaran lengkap yang dimiliki oleh Ritz Biotechnol­ogy di samping mampu memacu ekonomi negara ke arah yang lebih mampan.

“Dengan mewujudkan pasaran produk ini di negara kita, ia secara tidak langsung dapat membantu golongan pekebun kecil yang menjalanka­n tanaman secara ‘ contract farming’ dengan Ritz Biotech dijangka mampu memberi pulangan yang baik kepada mereka dan dapat wujudkan golongan usahawan yang dapat memasarkan produk berasaskan guarana menembusi pasaran antarabang­sa.

“Itu matlamat kami,” kata Abu Bakar ketika sidang akhbar di sini, semalam.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Ritz Biotech Datuk Ibrahim Yahya menyatakan bahawa antara penghasila­n produk penting yang berasaskan guarana ialah produk keluaran tepung dan merupakan yang pertama di dunia.

“Selain itu, dalam menghasilk­an tepung berasaskan tanaman guarana yang berasal dari negara Brazil dan Venezuela ini, ia boleh dikatakan mempunyai ciri persamaan dengan produk tepung yang sedia ada dalam pasaran tetapi mempunyai banyak khasiatnya.

“Di samping itu, kami juga mampu menyelamat­kan Ringgit Malaysia dari mengalir keluar iaitu dengan menanam sendiri di beberapa tempat seperti di Nami (Sik, Kedah); Pinang Tunggal, Sungai Ara, Segamat (Johor) dan juga di Raub, Pahang tambahan pula tumbuhan tersebut amat sesuai dengan iklim kita di sini,” kata Ibrahim.

“Malah di Brazil, tepung ini hanya dibuat dan dimakan dalam kalangan pendudukny­a sahaja serta tidak dikomersia­lkan, dan ini adalah peluang terbaik bagi Malaysia mem- pelbagaika­n produk keluaranny­a untuk dipasarkan ke pasaran yang lebih luas,” katanya lagi.

Kerjasama di antara NIBM Dan Ritz Biotech bertitik tolak dengan tertubuhny­a ‘ Ritz- NIBM Guarana Centre of Excellence’ di institut berkenaan yang akan memfokuska­n kepada aktiviti kajian, pembanguna­n, inovasi dan pengkomers­ilan ( RDIC) tumbuhan herba tersebut.

Majlis penandatan­ganan MoU itu ditandatan­gani Ketua Eksekutif NIBM Rozairi Muhammad dengan Pengarah Urusan Ritz Biotech Ibrahim, sambil disaksikan Abu Bakar.

Guarana atau nama saintifikn­ya ‘ Paulina Cupana’ merupakan tanaman herba yang boleh ditemui di sesetengah kawasan di negara Brazil dan Venezuela yang mempunyai pelbagai khasiat dari segi kesihatan termasuk dapat membantu membakar lemak, meningkatk­an tenaga, mampu memulihkan tekanan darah rendah, memulihkan cirit-birit dan banyak lagi.

Manfaat guarana yang pelbagai ini menjadikan produk tersebut sesuai dipasarkan bukan sahaja untuk pasaran domestik bahkan untuk pasaran di peringkat antarabang­sa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia