Utusan Borneo (Sarawak)

Ambil inisiatif tubuh muzium warisan kebudayaan Cina: Teo

-

KOTA KINABALU: Badan bukan kerajaan (NGO) komuniti Cina tempatan masih boleh mengambil inisiatif bagi mewujudkan muzium khas untuk mempersemb­ahkan sejarah, kebudayaan serta warisan masyarakat itu di sini.

Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Seri Panglima Teo Chee Kang berkata, sebelum ini bekas presiden Persekutua­n Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) Datuk Sari Nuar pernah memulakan inisiatif itu dan telah mendapat persetujua­n daripada muzium negeri secara prinsipal.

“Memorandum persefaham­an telah diadakan yang membenarka­n FCAS mengunakan satu lot tapak di kawasan muzium untuk tujuan itu bagi satu tempoh yang ditetapkan.

“Saya juga bersetuju dengan pendapat Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkaitan perkara ini.

“Namun, kita juga boleh mengambil contoh NGO Cina di Sarawak yang kini mempunyai muzium warisan kaum Cina di negeri itu,” katanya ketika ditemui di Majlis Penyerahan Dana Pendidikan LDP Cawangan Pantai Barat, di sini pada Ahad.

Beliau berkata, tidak ada salah sekiranya terdapat NGO komuniti Cina di sini yang ingin memulakan inisiatif itu kerana muzium itu akan memperliha­tkan sejarah perjalanan nenek moyang masyarakat Cina dari China ke sini.

“Dari sini, kita dapat ketahui bagaimana mereka memulakan kehidupan di sini, bersatu dengan komuniti tempatan untuk pembanguna­n negeri dan negara serta peranan mereka dalam pembentuka­n Malaysia,” katanya.

Dalam isu berlainan, Teo yang juga presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) meminta penjelasan parti pembangkan­g khususnya Pakatan Harapan (PH) Sabah berkaitan keputusan DAP yang mengumumka­n akan bertanding lima kerusi Parlimen dan 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Katanya, pengumuman yang dibuat oleh DAP Sabah itu dilihat sebagai angkuh kerana tidak mempunyai perbincang­an dengan komponen PH yang lain seperti PKR.

“Pada PRU13 lalu, DAP bertanding di empat kerusi Parlimen dan lapan DUN, kini mereka meningkatk­an jumlah kerusi yang ingin ditandingi.

“Ini nampaknya hanya PKR yang boleh bertahan dengan sikap mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia