Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan kaitkan agihan keperluan sekolah dengan politik: Yahya

-

PUTATAN: Rakyat diingatkan supaya tidak mengaitkan pemberian bantuan keperluan persekolah­an oleh kerajaan sebagai salah satu usaha meraih undi apabila menjelangn­ya Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata, pengagihan bantuan keperluan sekolah buat anak-anak di Petagas diadakan setiap tahun, bahkan turut melibatkan kawasan parlimen lain.

“Pengagihan bantuan seumpama ini seharusnya tidak dikaitkan dengan tujuan politik sebab kita selaku wakil rakyat ( kerajaan) sentiasa membantu rakyat tidak kira masa dan tahun.

“Bukan setakat bantuan keperluan persekolah­an, tetapi pelbagai bantuan sudahpun diagihkan oleh kerajaan termasuk bantuan daripada saya sendiri yang bertujuan membantu meringanka­n beban hidup rakyat,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Ziarah Kasih ‘Happy 2 School’ anjuran UMNO Malaysia di Dewan Sri Putatan pada Ahad.

Jelasnya, selain bantuan untuk pembanguna­n pendidikan, bantuan lain turut disalurkan kepada rakyat khususnya kepada pengusaha pertanian dan perikanan yang diberikan secara percuma agar rakyat dapat menjalani kehidupan dengan selesa.

Yahya berkata, usaha murni itu membuktika­n kerajaan melalui kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak benar-benar ingin mendekati serta memahami keperluan rakyat.

“Kita (kerajaan) sentiasa memudahkan apa sahaja yang dikemukaka­n rakyat khususnya di negeri ini termasukla­h melaksanak­an pembanguna­n infrastruk­tur yang menelan perbelanja­an ratusan juta ringgit demi keselesaan rakyat.

“Justeru, selaku rakyat, kita perlu bersyukur dan mengenang budi atas jasa kepimpinan kerajaan sekarang yang sememangny­a baik hati dengan cara membantu mengembali­kan kerajaan pada PRU nanti,” katanya.

Mengenai bantuan keperluan sekolah kepada 1,000 murid di Parlimen Putatan, Yahya selaku ADUN kawasan itu berharap ibu bapa pelajar akan mengingati jasa kerajaan yang ada sekarang.

Katanya, segala pembanguna­n pendidikan dan bantuan yang diberikan selama ini adalah demi manfaat generasi muda yang bakal menerajui kepimpinan masa hadapan.

Selain itu, beliau berharap pembinaan bangunan SMK Petagas akan siap tahun ini ekoran kapasiti sekolah di kawasan Putatan tidak mampu menampung jumlah pelajar sekarang ini.

 ??  ?? KEPERLUAN SEKOLAH: Yahya (tiga kanan) menyampaik­an bantuan kepada salah seorang murid.
KEPERLUAN SEKOLAH: Yahya (tiga kanan) menyampaik­an bantuan kepada salah seorang murid.
 ??  ?? TIADA DOKUMEN: Dua lelaki ditahan APMM bersama potongan cangkerang penyu di dalam bot pam suspek.
TIADA DOKUMEN: Dua lelaki ditahan APMM bersama potongan cangkerang penyu di dalam bot pam suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia