Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu tunggal digesa daftar dengan persatuan negeri

-

KOTA KINABALU: Golongan ibu tunggal khususnya di negeri ini digesa agar mendaftar dengan Persatuan Ibu Tunggal negeri bagi memudahkan bantuan disalurkan kepada mereka.

Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia Cawangan Sabah Datuk Rosimah Zakaria berkata melalui persatuan berkenaan, ibu tunggal dapat berkongsi maklumat sesama sendiri dalam usaha memajukan diri dan ekonomi masing-masing.

Malah katanya, persatuan itu juga memudahkan para ibu tunggal terlibat berbincang dan bertukar-tukar fikiran dalam menentukan hala tuju masingmasi­ng supaya tidak terbelengg­u dengan masalah kemiskinan atau berasa rendah diri disebabkan kekurangan hidup.

“Setakat ini, 15 Parlimen PITKB telah diwujudkan dan saya minta mana-mana ibu tunggal yang belum menyertai persatuan ini supaya mendaftar dengan persatuan ini dan difa- hamkan ramai lagi golongan berkenaan di negeri ini.

“Saya berharap ibu-ibu tunggal ini dapat mengambil inisiatif untuk berdaftar di bawah persatuan yang wujud demi kelangsung­an hidup masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Pertama Persatuan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia cawangan Sabah di sebuah hotel di Sembulan pada Sabtu.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Pasang Apsin, Setiausaha Emma Ali, Bendahari DatukSurin­amSadikuns­ertaahli jawatankua­sa persatuan itu.

Rosimah berkata melalui persatuan, ibu tunggal di negeri ini dapat bergiat dalam aktiviti yang dianjurkan serta mendapatka­n nasihat berhubung masalah yang dihadapi.

“Ibu tunggal mungkin boleh meminta bantuan atau khidmat nasihat dalam mencari penyelesai­an terhadap masalah atau kemelut yang harus dide- pani khususnya melibatkan kehidupan masing-masing,” katanya.

Pada tahun ini, beberapa program akan diadakan untuk ibu tunggal menjana ekonomi keluarga mereka.

Program itu antaranya ialah kursus membuat roti, kuihmuih dan keropok lekor melalui peruntukan Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah.

Selain program peruntukan geran aktiviti yang diadakan di 15 kawasan parlimen, enam kawasan parlimen dan induk menerima peruntukan untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

Ia adalah bukti kerajaan Barisan Nasional prihatin membantu golongan ibu tunggal di negeri ini.

Sehingga kini, kawasan terdapat PITKB ialah di Parlimen Kudat, Tuaran, Kota Kinabalu, Putatan, Papar, Kimanis, Beaufort, Sipitang, Tenom, Keningau, Pensiangan, Silam, Tawau, Kinabatang­an dan Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia