Utusan Borneo (Sarawak)

Dua suspek bunuh penyu ditahan

-

SEMPORNA: Dua lelaki termasuk seorang remaja ditahan selepas didapati terlibat dengan kegiatan penangkapa­n dan pembunuhan penyu.

Kedua-dua suspek ditahan dalam operasi yang dijalankan oleh pasukan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) daerah ini.

Pengarah Maritim Pangkalan Semporna Leftenan Komander Maritim Amiludin Yenggah berkata, tangkapan dibuat kira-kira jam 1.30 pagi pada Ahad.

Menurutnya, suspek yang berumur 35 dan 15 tahun itu juga tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Operasi dijalankan di kawasan Pulau Kerindinga­n bagi membantera­s aktiviti penangkapa­n dan pembunuhan penyu di perairan ini.

“Hasil pemeriksaa­n lanjut di dalam bot pam yang digunakan suspek, pasukan kita berjaya menemukan empat potongan cengkerang penyu bersama alat dipercayai untuk memburu penyu,” katanya di sini pada Ahad.

Beliau berkata, daging penyu mendapat permintaan tinggi daripada penggemar makanan eksotik di daerah ini.

Sehubungan itu, aktiviti pembunuhan penyu menjadi perhatian umum sejak akhirakhir ini.

Katanya, kedua-dua suspek disiasat di bawah Enakmen Pemulihara­an Hidupan Liar 1997 dan Akta Imigresen 1959/63 untuk tindakan lanjut.

Dalampadai­tu,pihaknyase­ntiasa bersiap sedia mengekang sebarang aktiviti menyalahi undang-undang di laut.

Sebarang maklumat berkait kegiatan jenayah di kawasan perairan daerah ini boleh menghubung­i Pusat Operasi Pangkalan Maritim Semporna di talian 089-782619.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia