Utusan Borneo (Sarawak)

IoT diperluas ke sektor pertanian

Diperluas jika projek perintis IoT di TKPM Rampangi berjaya, pemasangan sistem giat dilakukan

- Oleh Patricia Gari

Hari ini (semalam) saya melihat sistem IoT yang telah siap dipasang di sini, yang merangkumi sensor untuk memantau serta mengawal input baja, suhu dan kelembapan. Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Ketua Menteri

KUCHING: Penggunaan sistem Internet untuk Segala-galanya (IoT) akan diperluask­an ke sektor pertanian yang lain di negeri ini jika projek perintis IoT di Taman Kekal Pengeluara­n Makanan( T K P M) Rampangi berjaya.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pemasangan sistem IoT sepenuhnya sedang giat dilakukan di TKPM Rampangi dengan objektif menjadikan TKPM itu sebagai model pertanian pintar di Sarawak.

Beliau berkata, sebagai permulaan dua unit sistem IoT dipasang di TKPM Rampangi bagi mengawal serta memantau semua aktiviti pertanian menerusi kaedah fertigasi di situ.

“Hari ini (semalam) saya melihat sistem IoT yang telah siap dipasang di sini, yang merangkumi sensor untuk memantau serta mengawal input baja, suhu dan kelembapan.

“Menerusi sistem ini petani dapat memantau dan mengawal aktiviti pertanian dari mana sahaja menggunaka­n telefon pintar menerusi aplikasi yang dicipta khas. Sistem ini sangat mesra pengguna, senang dikendalik­an,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke TKPM Rampangi Petra Jaya dekat sini semalam.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata, cara itu merupakan pertanian moden yang mahu dibangunka­n di Sarawak serta seiring falsafah ekonomi digital Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

“Kita merancang semua kawasan ini dipasang dengan sistem ini nanti, buat masa ini kita mahu memastikan set penuh teknologi terkini ini dipasang di sini terlebih dahulu.

“MenerusiIo­Tdanpertan­ian pintar ini kita mempelawa petani muda menceburi bidang pertanian kerana ia tidak lagi melibatkan penggunaan tulang empat kerat sepenuhnya tetapi dipacu oleh teknologi di hujung jari,” katanya.

Beliau berkata, menerusi penggunaan sistem IoT produktivi­ti pertanian juga dapat dipertingk­atkan seterusnya berjaya menembusi pasaran antarabang­sa.

Katanya kerajaan negeri menerusi kementeria­nnya juga akan memastikan semua produk pertanian keluaran Sarawak mendapat Quadratic Resideu (QR) Code.

“QR Code penting jika hasil pertanian mahu dieksport ke luar negara kerana menerusi kod ini, sumber produk dapat dikenal pasti.

“Ini akan membolehka­n produk pertanian Sarawak dapat bersaing dengan negara lain dalam pasaran global. Kita mempunyai potensi cerah dalam bidang ini tetapi kita perlu beralih cara bertani daripada konvension­al kepada moden,” katanya.

Mengulas lanjut sistem IoT yang dipasang di TKPM Rampangi, Uggah berkata, masih banyak perlu ditambah baik bagi memastikan­nya benar-benar berkesan dalam memodenkan pertanian.

“Jika sistem ini berjaya, saya akan mengarahka­n SALCRA melihat bagaimana sensor boleh digunakan untuk penternaka­n lembu di ladang milik SALCRA.

“Namun sebelum itu kita harus memastikan teknologi yang diguna pakai itu adalah asli, canggih dan benar-benar memberi manfaat kepada kita,” ujarnya.

TKPM Rampangi yang mula beroperasi tahun ini mempunyai keluasan 20 ekar dan daripada jumlah itu lapan ekar diperuntuk­kan bagi tujuan penanaman fertigasi.

Sebanyak 40 plot fertigasi disediakan dan ketika ini disertai 18 peserta yang majoritiny­a menanam tanaman sayuran buah seperti cili, timun, tomato dan tembikai wangi.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datu Ik Pahon Joyik, Pemangku Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak Dr Alvin Chai, Pegawai Penyelidik Jabatan Pertanian Sarawak Johnson Chong dan Pengerusi TKPM Rampangi Coolplay Nyipa.

 ??  ??
 ??  ?? DI HUJUNG JARI: Uggah menunjukka­n aplikasi khas yang dibangunka­n bagi mengawal aktiviti pertanian menerusi sistem IoT di TKPM Rampangi.
DI HUJUNG JARI: Uggah menunjukka­n aplikasi khas yang dibangunka­n bagi mengawal aktiviti pertanian menerusi sistem IoT di TKPM Rampangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia