Utusan Borneo (Sarawak)

Pelancaran Akademi Kepimpinan Digital sejajar Strategi Ekonomi Digital Sarawak

-

KUCHING: Langkah Pusat Kecemerlan­gan Prestasi Sarawak atau SCOPE yang bakal melancarka­n Akademi Kepimpinan Digital sejajar dengan Strategi Ekonomi Digital Sarawak dalam memperkasa­kan bakat yang ada di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata, beliau gembira apabila mengetahui SCOPE bakal melancarka­n akademi berkenaan yang memperkasa­kan kumpulan bakat terdapat dalam syarikat korporat berkaitan kerajaan dan organisasi korporat.

“Keperluan menjadi peneraju digital adalah penting untuk memahami budaya kerja baharu yang menjadi amalan tenaga kerja masa depan.

“Dalam perkara ini, saya gembira kerana mendapati bahawa SCOPE akan melancarka­n Akademi Kepimpinan Digital dengan kerjasama Ferry Hay Group, yang sejajar dengan Strategi Ekonomi Digital Sarawak.

“Dengan ini ia akan memperkasa­kan bakat- bakat yang terdapat dalam syarikat korporat berkaitan kerajaan dan organisasi di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui teks ucapannya yang dibacakan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas sempena merasmikan Forum ‘Workforce of the Future-Driving the Digital Economy’ di sini, semalam.

Abang Johari berkata untuk menjadi penerajui digital bermakna kita perlu mengubah fokus kita daripada bersifat ‘Inside-out kepada outside-in’ yang bersifat menyeluruh dalam pendekatan kita apabila membincang­kan pelbagai poerkara.

“Ia adalah dalam pendekatan kita apabila membincang­kan tentang pelbagai perkara, berkeboleh­an menggunaka­n data analisis untuk membuat keputusan dengan lebih baik dan menggalakk­an kerjasama lebih meluas dalam pelbagai industri,” kata beliau.

Mengulas lanjut katanya, barubaru ini kerajaan negeri telah melancarka­n Buku Petunjuk Strategik Ekonomi Digital Sarawak (2018-2022) yang mengandung­i pelan digital selama empat tahun dengan menggarisk­an 29 pelan strategik untuk sektor utama ekonomi Sarawak.

Katanya setiap pelan telah dibincangk­an melalui beberapa sesi pertemuan antara sektor awam, swasta dan masyarakat negeri ini.

Hadir sama Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan EPerdagang­an Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip, Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahmah Hamzah dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Dr Sabariah Putit.

 ??  ?? TIBA: Uggah (dua kanan) yang mewakili ketua menteri diiringi Fatimah (dua kiri), Dr Rundi (kiri), Sabariah (kanan) serta Wong (belakang, kanan) semasa tiba merasmikan majlis di Kuching, semalam.
TIBA: Uggah (dua kanan) yang mewakili ketua menteri diiringi Fatimah (dua kiri), Dr Rundi (kiri), Sabariah (kanan) serta Wong (belakang, kanan) semasa tiba merasmikan majlis di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia