Utusan Borneo (Sarawak)

JPN S’wak berusaha kurangkan penduduk tanpa status

-

KUCHING: Jabatan Pendaftara­n Negara ( JPN) Sarawak telah mengambil langkah ke arah Transforma­si Nasional 2050 (TN50) untuk mengurangk­an bilangan penduduk yang bermastaut­in di negeri ini tanpa status warganegar­a menjelang 2030.

Pengarahny­a Jasni Jubli berkata pihak menyasarka­n penguranga­n awal dapat dilaksanak­an menerusi mekanisme sedia ada.

“Ia melibatkan isu kelahiran tanpa dokumen yang berkaitan dengan Perkara 15A dan Perkara 19 Perlembaga­an Persekutua­n,” katanya pada sidang media di Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak di Bangunan Baitulmakm­ur di sini semalam.

Mengulas lanjut, beliau mendedahka­n bahawa mekanisme itu termasuk Jawatankua­sa Khas Status Kewarganeg­araan Di Bawah Perkara 15A dan Operasi Bergerak Melalui Pasukan Petugas Khas JPN Sarawak.

“Kita menyasarka­n menjelang 2020 nanti, mekanisme ini dapat mengurangk­an isu dan masalah yang dihadapi masyarakat peribumi di Sarawak yang tidak mempunyai dokumen diri.

“Sehubungan itu, kita mungkin akan sasar lebih awal daripada TN50,” ujar Jasni.

Mengulas tentang perjumpaan dengan Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak- Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah semalam, beliau berkata ia membabitka­n Pembentang­an Kewarganeg­araan Melalui Naturalisa­si Perkara 19 Bagi Yang Berumur 21 Tahun Ke Atas.

Menjelaska­n perkara itu, untuk isu di bawah Perkara 19 tersebut sememangny­a mengambil masa yang agak lama untuk diproses.

“Ia melibatkan prosedur tertentu kerana syarat-syarat kelulusan amat ketat, JPN Sarawak akan membuat pembentang­an dan jika kementeria­n dan ahli panel bersetuju untuk membawa perkara ini bersama dengan Jawatankua­sa Khas Status Kewarganeg­araan Di Bawah Perkara 15A, kita akan bawa ke mesyuarat akan datang,” katanya.

 ??  ?? IKAN MATI: Ribuan bangkai ikan kelihatan timbul di permukaan tasik di UNIMAS.
IKAN MATI: Ribuan bangkai ikan kelihatan timbul di permukaan tasik di UNIMAS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia