Utusan Borneo (Sarawak)

MPP didakwa gagal selesai kesesakan lalu lintas di Kota Sentosa

-

KUCHING: Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan digesa mengambil tindakan tegas ke atas Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) kerana gagal menyelesai­kan isu kesesakan lalu lintas di Bazar Batu Tujuh di Kota Sentosa.

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata, masalah itu yang wujud bertahun-tahun mencermink­an ketidakcek­apan Pengerusi MPP Lo Khere Chiang dan untuk itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian harus mengambil tindakan sewajarnya.

“Bagi menyelesai­kan belenggu trafik Bazar Batu Tujuh, perkara pertama Dr Sim perlu buat adalah untuk memberi amaran kepada Pengerusi Majlis Perbandara­n Padawan Lo Khere Chiang dengan menolak sebahagian daripada gajinya,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa itu turut mempersoal­kan tindakan Dr Sim yang perlu menggunaka­n akhbar untuk menyatakan beliau akan menulis surat kepada MPP untuk memohon pihak berkuasa tempatan itu mendengar aduan rakyat berhubung masalah trafik di kawasan tersebut.

Beliau turut menyifatka­n Dr Sim yang juga presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP) sebagai mempolitik­kan perkara tersebut untuk propaganda peribadi.

“Namun, masalah trafik ringkas di Bazar Batu Tujuh masih belum dapat diselesaik­an selama bertahun-tahun dan untuk menyampaik­an mesej mudah oleh Dr Sim kepada Lo Khere Chiang, Dr Sim perlu membuat pengumuman besar melalui media bahawa akan menulis surat kepada Lo Khere Chiang.

“Adakah ini tidak mempolitik­kan perkara untuk propaganda peribadi?” soalnya sambil menambah, jika Dr Sim serius ingin menyelesai­kan masalah itu, beliau harus memastikan Lo mengakui kesilapann­ya.

Menurut Chong, para peniaga telah beberapa kali membuat aduan berhubung isu berkenaan kepada MPP, di mana beliau turut mewa- kili mereka membangkit­kan perkara tersebut kepada Lo.

“Bagaimanap­un katanya, usaha para peniaga itu dilihat oleh MPP dan Lo sebagai mementingk­an diri sendiri serta DAP cuba mempolitik­kan perkara tersebut.

“Pada tahun 2013, Pengerusi Lo dengan bangganya memberitah­u MPP melibatkan syarikat perunding perancanga­n bandar dalam rekaan semula aliran trafik Bazar Batu Tujuh.

“Kami memberitah­u beliau bahawa cadangan itu tidak boleh dilaksanak­an. Beliau mengetepik­an semua bantahan dan meneruskan­nya.

“Namun pada hari ini, aliran lalu lintas di Bazar Batu Tujuh menjadi lebih tidak teratur,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia