Utusan Borneo (Sarawak)

APMM tumpas cubaan seludup 300 burung spesies terancam

-

ALOR GAJAH: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) mematahkan cubaan menyeludup kira-kira 300 burung daripada spesies terancam pada kedudukan 4.97 batu nautika di perairan Tanjung Gabang, Selangor, petang kelmarin.

Pengarah Maritim APMM Melaka/ Negeri Sembilan Kapten Maritim Amran Daud berkata, APMM menerima maklumat tentang kegiatan penyeludup­an burung-burung spesies terancam di perairan Selat Melaka dan siasatan di kawasan berkenaan menemui sebuah bot menuju keluar dari sempadan negara jiran.

“Sebaik menyedari kehadiran anggota APMM, tekong bot bersama tiga awak-awak yang merupakan warganegar­a Indonesia bertindak mem- buang sebahagian sangkar burung tersebut ke dalam laut.

“Semua mereka yang berusia dalam lingkungan 38 hingga 55 tahun itu berjaya ditahan pada jam 3 petang dan gagal mempamerka­n dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Bagaimanap­un, beliau berkata, petugas APMM berjaya mengambil semula 279 burung yang dibuang ke laut itu, namun hanya tiga daripadany­a masih hidup.

Amran berkata, burung-burung tersebut disyaki dibawa dari Vietnam melalui jalan darat ke Thailand dan Malaysia dijadikan sebagai pusat transit sebelum diseludup masuk ke Indonesia bagi tujuan pengkomers­ialan.

“Semua burung daripada spesies terancam itu merupakan haiwan dilindungi di bawah Tabung Hidupan Liar Sedunia ( WWF) dan satu daripada spesies yang dikenal pasti merupakan burung Branjangan,” katanya.

Beliau berkata, kes itu diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjun­g Malaysia ( PERHILITAN) untuk tindakan selanjutny­a dan akan disiasat di bawah Akta Pemulihara­an Hidupan Liar 2010.

Sebarang aduan dan maklumat berterusan berkaitan jenayah, kesalahan maritim atau aktiviti mencurigak­an di perairan Melaka/Negeri Sembilan boleh dibuat menerusi talian hotline 06- 3876804 yang beroperasi 24 jam, katanya. — Bernama

PDRM akan menggunaka­n kekuatan pegawai dan anggotanya secara maksimum bagi memastikan kelancaran PRU-14 dan mengelakka­n perkara tidak diingini berlaku. Datuk Seri Zulkifli Abdullah Pengarah KDNKA

Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri Dan Ketenteram­an Awam (KDNKA) Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, secara keseluruha­nnya, pasukan keselamata­n itu telah bersedia termasuk dari segi peralatan dan latihan untuk menghadapi pilihan raya.

Beliau berkata, selain pusat mengundi, pihaknya juga akan menempatka­n anggota di bilik gerakan dan beberapa lokasi lain yang sesuai.

“PDRM akan menggunaka­n kekuatan pegawai dan anggotanya secara maksimum bagi memastikan kelancaran PRU-14 dan mengelakka­n perkara tidak diingini berlaku.

“Penggunaan kita (PDRM) paling tinggi adalah pada hari mengundi, namun, kita juga tidak menjangkak­an apa-apa masalah pada hari penamaan calon dan tempoh berkempen di mana PDRM telah menjalanka­n latihan sewajar,” katanya kepada pemberita pada lawatan di syarikat Dalac Marine Engineerin­g & Services Sdn Bhd, di sini semalam.

Zulkifli berkata, PDRM juga akan menggunaka­n 5,000 anggota Pasukan Sukarelawa­n Polis, namun, mereka tidak bertugas di pusat mengundi sebaliknya bertugas di balai polis menggantik­an anggota yang keluar menjaga pusat mengundi.

Beliau turut memaklumka­n pusingan kedua latih amal PDRM menjelang PRU14 akan dijalankan awal bulan depan.

“Saya percaya dengan adanya latih amal kedua ini, kita dapat menentukan PDRM lebih mantap menangani apa juga situasi. Kita juga dalam proses menentukan pegawai dan anggota yang belum menerima latihan untuk mereka menjalani latihan secukupnya,” katanya.

Katanya, Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) juga sedang membantu menguruska­n perolehan peralatan yang akan digunakan untuk menjalanka­n tugasan semasa PRU14. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia