Utusan Borneo (Sarawak)

Semua perumahan perlu ada bomba komuniti: Tengku Abdullah

-

KUANTAN: Semua kawasan perumahan khususnya di bandar digesa untuk mewujudkan bomba komuniti bagi membantu mengurangk­an risiko kehilangan nyawa dan harta benda semasa kebakaran.

Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah perkara itu boleh dilaksanak­an dengan mereka yang menganggot­ai rukun tetangga mengikuti kursus asas kebakaran oleh pihak bomba.

“Musibah boleh berlaku pada bila-bila masa tetapi sekurang- kurangnya kita ada usaha. Jika ada bomba komuniti, boleh diberi latihan supaya mereka tahu apa yang perlu dilakukan semasa kebakaran.

“Pihak bomba juga perlu lebih proaktif dengan keperluan ini di taman perumahan dan sentiasa periksa saluran air di kawasan perumahan,” titah baginda selepas melawat mangsa kebakaran di Perkampung­an Sungai Isap 2 di sini, semalam.

Kelmarin, tiga rumah di perkampung­an itu musnah dalam kebakaran yang berlaku sekitar jam 4.30 petang, dipercayai berpunca akibat litar pintas dari salah sebuah rumah.

Tengku Abdullah juga mengingatk­an pemilik rumah untuk menyedari kepentinga­n mengambil perlindung­an insurans bagi rumah, kerana masih ada yang tidak mempunyai insurans rumah, khususnya di kampung.

“Saya harap semua perlu ada insurans kerana sedikit sebanyak ia dapat membantu meringanka­n beban apabila berlaku kejadian seperti ini. Saya dimaklumka­n dua rumah (yang terlibat kebakaran) tidak mempunyai insurans.

“Salah sebuah rumah juga baharu selesai membuat baik pulih...tapi malang tidak berbau. Namun apa yang lebih mustahak ialah bersyukur kerana semuanya selamat,” titah baginda.

Tengku Abdullah menam- bah baginda berharap kejadian itu menjadi pengajaran kepada masyarakat supaya segera melakukan tindakan sewajarnya dan tidak hanya menunggu sehingga kejadian telah berlaku.

Titahnya antara tindakan segera yang perlu ialah memeriksa sistem pendawaian, jika rumah itu telah lama didiami.

Pada lawatan itu, Tengku Abdullah juga menasihatk­an mereka yang diuji dengan musibah itu untuk bersabar dan mahu pihak kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO) tampil membantu mangsa kebakaran. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PRIHATIN: Tengku Abdullah (empat kanan) semalam melawat beberapa rumah yang musnah dalam kebakaran petang kelmarin di Kampung Sungai Isap di Kuantan.
— Gambar Bernama PRIHATIN: Tengku Abdullah (empat kanan) semalam melawat beberapa rumah yang musnah dalam kebakaran petang kelmarin di Kampung Sungai Isap di Kuantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia