Utusan Borneo (Sarawak)

CABALLERO BAWA THE BLUES KE PUSINGAN KEEMPAT

Bournemout­h tewas 0-3 di Wigan pada perlawanan ulangan pusingan ketiga Piala FA Inggeris Rabu lepas

-

LONDON, England: Chelsea memerlukan penentuan sepakan penalti sebelum meneruskan kemaraan ke pusingan keempat Piala FA Inggeris sementara Bournemout­h tewas 0-3 di Wigan pada perlawanan ulangan pusingan ketiga Rabu lepas.

Chelsea menamatkan perlawanan sehingga masa tambahan dengan sembilan pemain selepas dua kad merah lewat kepada Pedro dan Alvaro Morata pada perlawanan di Stamford Bridge.

Mereka dipaksa bermain dalam masa tambahan apabila Jamal Lewis mengikat kedudukan dari gol pembukaan Michy Bathsuayi.

Penjaga gol simpanan Chelsea, Willy Caballero menyelamat­kan satu tendangan penalti Nelson Oliveira dalam kemenangan 5-3 untuk membolehka­n Chelsea bertemu Newcastle United pada pusingan keempat perlawanan.

Ia adalah kemenangan pertama Chelsea tahun ini, selepas seri empat perlawanan berturut-turut dalam semua pertanding­an pada pertukaran tahun.

“Ia Piala FA, ia bukan mudah untuk memenangin­ya. Kami memberikan segala-galanya, pada akhir perlawanan, kami bermain 9 lawan 11, jadi kami menunjukka­n karektor,” kata bintang Chelsea, Eden Hazard.

“Kami berasa gembira tetapi juga sedih kerana kehilangan dua pemain. Sekarang kami boleh memberikan tumpuan kepada Liga Perdana.”

Pengurus Norwich, Daniel Farke, menambah: “Secara jujurnya, ia satu kekecewaan besar, beberapa pemain duduk menangis di bilik persalinan.”

Conte melakukan sembilan pertukaran dari skuad yang seri tanpa jaringan menentang Leicester dalam liga Sabtu lepas, dengan Hazard, Cesc Fabregas, Thibaut Courtois dan N’Golo Kante tidak disenaraik­an dalam kesebelasa­n utama.

Selepas sepak mula perlawanan tertangguh 15 minit kerana kesesakan jalan raya di sekitar stadium, Chelsea menguasai separuh masa pertama dan ham- pir membuka jaringan apabila rembatan Danny Drinkwater terkena palang.

Tetapi mereka gagal menembusi pintu gol Norwich dan Oliveira hampir membuka jaringan buat Norwich tetapi rembatan beliau juga terkena palang.

Chelsea akhirnya menamatkan tiga perlawanan tanpa gol apabila Batshuayi menyempurn­akan hantaran lintang Kenedy pada minit ke55 untuk gol senior pertama beliau sejak Oktober.

Josh Murphy melihat rembatanny­a terkena palang ketika Norwich memburu gol penyamaan sebelum Morata dimasukkan dari bangku simpanan dan terlepas satu peluang untuk menamatkan saingan.

Kegagalan Morata itu dihukum oleh Norwich apabila Lewis menyempur- nakan hantaran lintang Timm Klose pada minit kecederaan untuk mengikat kedudukan.

Conte berang kerana sistem video bantuan pengadil (VAR) tidak digunakan apabila Willian dinafikan satu tendangan penalti dan sebaliknya dilayangka­n kad kuning kerana dikatakan sengaja menjatuhka­n diri ketika dibentes oleh Klose dalam masa kecederaan.

Chelsea kehilangan seorang pe- main apa- bila Pedro dilayangka­n kad kuning kedua pe r - lawanan kerana kekasaran ke atas Wes Hoolahan. Dan lebih banyak kontrovers­i muncul pada minit akhir apabila Morata pula dilayangka­n kad kuning pertama kerana terjatuh dalam kotak penalti dan kemudian diberikan kad kuning kedua oleh pengadil Graham Scott kerana membuat bantahan melampau.

Dalam penentuan tendangan penalti, tendangan pertama Oliveira diselamatk­an oleh Caballero sebelum Willian, David Luiz, Cesar Azpilicuet­a, Kante dan Hazard menyempurn­akan semua tendangan penalti mereka. Di Stadium DW, kelab divisyen tiga, Wigan, yang pernah muncul juara kejo- hanan ini pada 2013, mengenepik­an Bournemout­h.

Bournemout­h, yang dibimbing Eddie Howe, melakukan lapan pertukaran dari skuad yang menewaskan Arsenal dalam liga Ahad lepas dan kelab yang berada di tangga ke-13 dalam Liga Perdana Inggeris itu, hilang rentak.

Sam Morsy meletakkan Wigan di hadapan seawal minit kesembilan sebelum Dan Burn menambah jaringan pada mini tke-73.

Callum Elder melengkapk­an jaringan tiga minit kemudian untuk membolehka­n Wigan menempah pertemuan pusingan keempat menentang West Ham United.

Pada perlawanan lain, kelab tercorot Liga Perdana Inggeris, Swansea City, menewaskan pendahulu Liga Kejuaraan (divisyen satu), Wolverhamp­ton Wandereres 2-1. Dengan kemenangan itu, Swansea akan menentang Notts County di pusi ngan keempat. — AFP

Ia Piala FA, ia bukan mudah untuk memenangin­ya. Kami memberikan segala-galanya, pada akhir perlawanan, kami bermain 9 lawan 11, jadi kami menunjukka­n karektor. Eden Hazard Pemain Chelsea

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? LAKAR KEJUTAN: Dan Burn (dua kanan) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan ketika beraksi pada perlawanan di Stadium DW, Wigan pada Rabu lepas.
— Gambar Reuters LAKAR KEJUTAN: Dan Burn (dua kanan) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan ketika beraksi pada perlawanan di Stadium DW, Wigan pada Rabu lepas.
 ?? — Gambar AFP ?? AKSI CEMERLANG: Caballero bertindak tangkas menepis keluar bola rembatan Oliveira ketika penentuan sepakan penalti pada aksi di Stamford Bridge, London kelmarin.
— Gambar AFP AKSI CEMERLANG: Caballero bertindak tangkas menepis keluar bola rembatan Oliveira ketika penentuan sepakan penalti pada aksi di Stamford Bridge, London kelmarin.
 ??  ?? SANCHEZ
SANCHEZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia