Utusan Borneo (Sarawak)

China kesan empat tumpahan minyak dari kapal tangki karam

-

BEIJING: Tumpahan minyak dari sebuah kapal tangki minyak Iran yang karam di perairan pantai timur China telah mewujudkan empat kawasan limpahan minyak sementara pihak berkuasa bersiap sedia untuk menghantar robot ke bangkai kapal bagi menilai kerosakan kepada alam sekitar.

Kapal Sanchi, yang membawa 136,000 tan minyak mentah ringan dari Iran, karam dalam bebola api di Laut China Timur pada Ahad lepas, seminggu selepas ia berlanggar dengan kapal pengangkut­an besar yang berdaftar di Hong Kong, CF Crystal.

Mayat tiga sahaja daripada 30 anak kapal dari Iran dan dua dari Bangladesh sudah dijumpai.

Pentadbira­n Lautan Negara China berkata lewat kelmarin ia sedang memantau empat kawasan tumpahan dengan kawasan keseluruha­n hampir 101 kilometer persegi, kira-kira sebesar Paris.

Pejabat itu cuba “mengawal penularan tumpahan minyak dan menjalanka­n kerja untuk menganggar­kan impak ke atas persekitar­an ekologi marin”, katanya dalam laman sesawangny­a. Pada Selasa lepas, agensi itu melaporkan dua kawasan tumpahan berukuran kira- kira 69 kilometer persegi dan sebuah lagi kawasan minyak “bertaburan” seluas 40 kilometer persegi.

Kementeria­n pengangkut­an berkata lewat kelmarin bahawa kapal terbabit berada pada kedalaman kira- kira 115 meter dan robot akan digunakan untuk menerokai bangkai kapal.

Jenis minyak kondensat yang dibawa oleh kapal Sanchi tidak membentuk lapisan permukaan seperti biasa apabila ia tumpah, tetapi ia tetap amat toksik kepada kehidupan marin dan jauh lebih sukar untuk diasingkan daripada air.

Kawasan di mana kapal terbabit tenggelam merupakan kawasan pembiakan yang penting bagi spesies seperti sotong ‘ swordtip’ dan kawasan musim salji bagi spesies seperti ikan ‘croaker’ kuning dan ketam biru, selain banyak lagi, menurut Greenpeace.

Ia juga berada pada laluan migrasi bagi banyak mamalia marin seperti ikan paus kelabu dan ‘humpback’.

Selain minyak mentah ringan, kapal Sanchi juga membawa sebuah tangki untuk menampung kira-kira 1,000 tan diesel berat. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? BERSIH: Gambar serahan Kementeria­n Pengangkut­an China kelmarin menunjukka­n kapal China ‘De Shen’ melakukan pembersiha­n di kawasan tumpahan minyak dari kapal tangki Iran yang karam di laut berhampira­n pantai timur China.
— Gambar AFP BERSIH: Gambar serahan Kementeria­n Pengangkut­an China kelmarin menunjukka­n kapal China ‘De Shen’ melakukan pembersiha­n di kawasan tumpahan minyak dari kapal tangki Iran yang karam di laut berhampira­n pantai timur China.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia