Utusan Borneo (Sarawak)

Aksi lincah Yusuf Iskandar & Bujibu Chempel dalam ‘My Little Heroes’

- Oleh R. Ratcharath­an

BUKAN mudah bagi pelakon dari Malaysia untuk memasuki industri perfileman Tamil di India kerana negara itu sendiri dibanjiri dengan banyak bakat bertaraf antarabang­sa.

Namun, DJ radio tempatan Gheetha Ammasee berjaya melakar sejarah apabila menjadi pelakon Malaysia pertama menerima watak utama atau sebagai heroin di India melalui filem ‘Kaaval’ dan ‘Sangu Chakkaram’ sekali gus menerima anugerah serta mencatat nama dalam Malaysia Book of Records (MBR), baru-baru ini.

Gheetha yang lebih dikenali sebagai ‘Punagai Poo’ Geetha dalam kalangan rakyat Malaysia memberitah­u Bernama bahawa pelbagai cabaran dihadapiny­a sepanjang berlakon di negara itu termasuk perlu memberikan komitmen tinggi tanpa menunjukka­n penat.

Katanya komitmen tersebut bukan hanya bagi menjaga nama baik dirinya, malah melihat ia sebagai tanggungja­wab yang digalas mewakili Malaysia.

“Negara India sendiri dibanjiri dengan ramai pelakon, jadi apabila mereka pilih seorang pelakon dari luar negara, pelakon itu harus memberikan komitmen yang tinggi. Saya tidak mahu kru perfileman di India anggap pelakon Malaysia cepat penat dan anggap lebih baik pilih pelakon India kerana saya mewakili semua pelakon di negara ini.

“Saya menerima tawaran untuk berlakon filem di India dua tahun lepas dan saya terbang ke India untuk membuat penggambar­an. Kali pertama saya memilih membawa watak heroin adalah melalui filem tempatan ‘Maindhan’ pada 2014,” katanya.

Anak kelahiran Taiping, Perak itu mula berkecimpu­ng dalam dunia hiburan sebagai pengacara televisyen sebelum menjadi penyampai radio THR Ragaa pada 2000.

Beliau juga merupakan penerbit wanita pertama dari Malaysia untuk filem Kollywood di Tamil Nadu, India dengan filem sulungnya ‘Arinthum Ariyamalum’ pada 2005, diikuti dengan beberapa filem Tamil termasuk ‘Kundakka Mandakka’ dan ‘Narthagi’.

Gheetha yang kini berlakon sebagai watak utama dalam filem seram Tamil ‘Sangu Chakram’ yang sedang ditayangka­n di pawagam Malaysia dan India, berkata beliau menerima reaksi positif daripada peminat tempatan mahupun India.

Artis itu juga mendedahka­n telah menerima beberapa tawaran untuk membawa watak utama dalam layar perak Kollywood dan sedang mempertimb­angkannya.

Katanya beliau berharap agar dapat berlakon dalam banyak lagi filem di India dan juga tempatan pada masa-masa akan datang serta berhasrat melihat lebih ramai lagi artis tanah air yang lain menempa nama di Kollywood.

— Bernama

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia