Utusan Borneo (Sarawak)

Bantuan JKM untuk semua kaum

Bantuan daripada JKM bergantung kepada keperluan penerima semua kaum negeri ini

- Oleh Florence Nervyn

SIBU: Bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bergantung kepada keperluan penerima untuk semua kaum di negeri ini.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah menegaskan bahawa bantuan kebajikan diberikan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.

“Kerajaan sentiasa prihatin terhadap kebajikan rakyat untuk meringanka­n beban kewangan individu atau keluarga yang kurang berkemampu­an,” jelasnya.

Fatimah berkata demikian ketika merasmikan Seminar Kebajikan anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist, semalam.

Terdahulu, Fatimah berkata Sarawak mempunyai 20,384 isi rumah miskin tegar dan 40,187 isi rumah miskin mengikut statistik kemiskinan e-Kasih.

Katanya pendapatan isi rumah RM660 sebulan dikategori­kan miskin tegar, manakala pendapatan isi rumah RM990 sebulan dikategori­kan miskin.

“Seramai 57,676 isi rumah pula telah terkeluar daripada garis kemiskinan dengan pendapatan isi rumah melebihi Pendapatan Garis Kemiski- nan (PGK) setakat Januari tahun ini,” ujarnya. Sementara itu Fatimah berkata, program Majlis Se- jambak Kasih anjuran JKM yang dianjurkan setiap musim perayaan hanya diadakan di Sarawak.

“Ini bertujuan meringanka­n beban kewangan serta menceriaka­n penerima bantuan sempena menyambut perayaan,” jelasnya.

Fatimah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat turut menyampaik­an bantuan awal persekolah­an kepada pelajar SMK Methodist.

Pada majlis yang sama, beliau turut merasmikan pintu masuk keempat sekolah tajaan PIBG sekolah untuk memudahkan pelajar yang datang dari Jalan Hua Khiew, Jalan Tiong Hua, Lorong Lajong dan Lorong Laichee.

Laluan pintu masuk baharu itu memudahkan pelajar untuk sampai ke sekolah tanpa melalui laluan yang jauh dari pintu masuk lain.

Hadir sama Pengerusi PIBG Ting Wei Ping, Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah John Ting, Pengerusi Alumni Alice Wong dan Pengetua Yong Choo Tiong.

Kerajaan sentiasa prihatin terhadap kebajikan rakyat untuk meringanka­n beban kewangan individu atau keluarga yang kurang berkemampu­an. Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

 ??  ??
 ??  ?? MANFAATKAN: Fatimah menyampaik­an bantuan awal persekolah­an tunai kepada salah seorang pelajar SMK Methodist sambil diperhatik­an Yong (dua kanan), Ting (kanan) serta yang lain.
MANFAATKAN: Fatimah menyampaik­an bantuan awal persekolah­an tunai kepada salah seorang pelajar SMK Methodist sambil diperhatik­an Yong (dua kanan), Ting (kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia