Utusan Borneo (Sarawak)

KEADAAN MASIH TERKAWAL

Belum ada pemindahan di kawasan Tanjong Pedada, penduduk rayu naik taraf jalan atasi banjir.

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Belum ada pemindahan dilaporkan di kawasan Tanjong Pedada kerana banjir masih dalam keadaan terkawal.

Pegawai Tadbir Daerah Mukah Bujang Rahman Seli berkata, setakat ini hanya 16 rumah panjang dan sebuah sekolah terjejas di kawasan dimaksudka­n.

“Sehingga petang ini (semalam) tiada pemindahan mangsa banjir dilakukan kerana keadaan tidak kritikal,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo selesai mesyuarat semalam.

Menurutnya, ketinggian air dari tebing sungai setakat pemantauan sehingga petang semalam cuma 0.3 meter hingga 0.6 meter beradasark­an lokaliti kawasan rumah-rumah panjang.

“Di Sekolah Kebangsaan (SK) Kenyana, ketinggian air dari paras tanah adalah 1.3 meter,” jelasnya sambil memberitah­u, air semakin surut.

Sementara itu, mengenai penghantar­an bantuan, pihak jawatankua­sa bencana memutuskan untuk menghantar bantuan makanan berupa pek makanan asas.

“Satu pek bernilai RM75 dan boleh digunakan seorang atau dua mangsa banjir,” ujarnya.

Bantuan berkenaan diuruskan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan akan dihantar sesegera mungkin.

Ketika ditanya jumlah pek makanan yang akan dihantar, beliau memberitah­u, ini bergantung kepada bilangan penduduk yang terjejas.

Jalan raya di Tanjong Pedada tidak dapat dilalui kerana banjir sejak 12 Januari lalu, menyebabka­n 265 pintu rumah panjang, sebuah kampung dan dua sekolah terputus hubungan.

Dalam perkembang­an berkaitan, penduduk di kawasan Tanjong Pedada di sini menagih simpati pihak kerajaan supaya menaik taraf jalan raya di kawasan mereka supaya tidak lagi ditenggela­mi banjir.

Salah seorang penduduk, Tuai Rumah (TR) Mawar Awang berkata, jalan raya sepanjang satu kilometer itu kerap banjir sejak siap lebih sepuluh tahun lalu.

“Setiap kali musim banjir, kami di sini akan terputus hubungan jalan raya di kawasan dimaksudka­n,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Menurutnya, jalan raya di kawasan itu telah dinaik taraf beberapa tahun lalu namun belum cukup tinggi dan masih ditenggela­mi air.

“Perlu ditambah kemungkina­n setinggi 1.5 meter di sepanjang kawasan jalan raya, baharulah ia tidak akan ditenggela­mi air,” jelasnya lagi.

Beliau memberitah­u, jalan raya berkenaan tidak dapat dilalui iaitu sejak 12 Januari lalu, malah masih ditenggela­mi air setinggi empat kaki petang semalam.

Mengenai perkembang­an banjir, beliau memberitah­u air menunjukka­n trend menaik sehingga petang semalam.

Sementara itu, Mawar turut meminta talian komunikasi di kawasan tersebut dinaik taraf.

“Sukar untuk kita berhubung dengan dunia luar dan melaporkan apa yang berlaku tanpa kemudahan talian (Internet dan telefon),” tambahnya.

Kawasan Tanjong Pedada terdiri daripada 18 rumah panjang, dua sekolah kebangsaan dan sebuah kampung.

 ?? — Gambar ihsan TR Mawar Awang ?? TERPUTUS HUBUNGAN: Salah satu kenderaan yang terpaksa berpatah balik kerana jalan raya tidak dapat dilalui. PUTUS HUBUNGAN: Antara rumah panjang yang terjejas akibat banjir di Tanjong Pedada.
— Gambar ihsan TR Mawar Awang TERPUTUS HUBUNGAN: Salah satu kenderaan yang terpaksa berpatah balik kerana jalan raya tidak dapat dilalui. PUTUS HUBUNGAN: Antara rumah panjang yang terjejas akibat banjir di Tanjong Pedada.
 ??  ?? PANTAU: Anggota penyelamat mengadakan rondaan di kawasan banjir.
PANTAU: Anggota penyelamat mengadakan rondaan di kawasan banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia