Utusan Borneo (Sarawak)

Kelebihan pendidikan Cina aset penting bagi Sarawak

Bahasa Cina sudah tidak asing lagi dan telah menjadi bahasa yang penting terutama dalam dunia perniagaan: Abang Johari

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Kerajaan negeri tidak akan memandang sebelah mata terhadap pendidikan Cina, sebaliknya melihat ia sebagai aset penting bagi Sarawak.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata, dalam era pendidikan dan digital yang pesat membangun sekarang, bahasa Cina sudah tidak asing lagi dan telah menjadi bahasa yang penting terutama dalam dunia perniagaan.

“Tidak menghairan­kan jika ramai ibu bapa Bumiputera menghantar anak-anak mereka ke sekolah Cina untuk belajar bahasa Cina, kerana ini akan menjadi kelebihan tambahan dalam diri anak-

Tidak menghairan­kan jika ramai ibu bapa Bumiputera menghantar anak-anak mereka ke sekolah Cina untuk belajar bahasa Cina, kerana ini akan menjadi kelebihan tambahan dalam diri anak-anak mereka pada masa depan untuk bersaing di alam pekerjaan kelak terutama dalam sektor perniagaan. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

anak mereka pada masa depan untuk bersaing di alam pekerjaan kelak terutama dalam sektor perniagaan,” katanya.

Beliau menyatakan demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Majlis Ulang Tahun Ke-33 dan Kutipan Dana Persatuan Lembaga Pengurusan Sekolah Rendah Cina Kuching, Samarahan dan Serian di sini, malam kelmarin.

Sehubungan itu, Abang Johari memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan meneruskan dasar ke arah pendidikan Cina, termasuk mengiktira­f Sijil Peperiksaa­n Bersekutu (UEC) seperti yang digariskan oleh bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem.

Menurutnya, ini kerana sekolah Cina merupakan antara perintis kepada pendidikan Sarawak, yang ditubuhkan sebelum Perang Dunia Kedua beberapa abad yang lalu.

“Kami akan terus memberi sokongan kewangan kepada sekolah-sekolah Cina untuk membantuny­a ketika memerlukan,” katanya.

Justeru sempena majlis itu, Abang Johari mengumumka­n geran kerajaan negeri sebanyak RM500,000 kepada Persatuan Lembaga Pengurusan Sekolah Rendah Cina Kuching, Samarahan dan Serian dan RM150,000 kepada SJK (C) Tondong.

Pada masa ini, terdapat 222 sekolah rendah Cina di Sarawak, di mana 71 daripadany­a di Kuching, Samarahan dan Serian manakala populasi muridnya di seluruh negeri kira-kira 62,200 orang (setakat Mac 2017) dengan suku daripadany­a atau 19,400 orang adalah murid Bumiputera.

Sementara itu, Presiden Persatuan Lembaga Pengurusan Sekolah Rendah Cina Kuching, Samarahan dan Serian Liu Thian Leong menyifatka­n sekolah Cina memperliha­t keindahan perpaduan Sarawak, dengan kepelbagai­an latar belakang pelajarnya.

“Pendidikan Cina menjadi keperluan bukan sahaja untuk orang Cina tetapi juga Bumiputera, dan bahasa Cina juga penting kerana China telah bangkit sebagai kuasa global yang baharu,” katanya.

Justeru, beliau berkata, sudah tiba masanya bagi kerajaan merumuskan dasar baharu untuk memberi bantuan kepada sekolah Cina.

Antara yang hadir ialah Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n merangkap Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang, Ahli Parlimen Bandar Kuching yang juga ADUN Kota Sentosa Chong Chieng Jen dan ADUN Batu Lintang See Chee How.

 ??  ?? TERMETERAI: Uggah (duduk, tengah) bersama tetamu kehormat lain menyaksika­n upacara menandatan­gani MoU sempena Majlis Ulang Tahun Ke-33 dan Kutipan Dana Persatuan Lembaga Pengurusan Sekolah Rendah Cina Kuching, Samarahan dan Serian di Kuching, malam...
TERMETERAI: Uggah (duduk, tengah) bersama tetamu kehormat lain menyaksika­n upacara menandatan­gani MoU sempena Majlis Ulang Tahun Ke-33 dan Kutipan Dana Persatuan Lembaga Pengurusan Sekolah Rendah Cina Kuching, Samarahan dan Serian di Kuching, malam...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia