Utusan Borneo (Sarawak)

Pemimpin Foochow Lawas yakini kepimpinan Awang Tengah, Henry

-

LAWAS: Kekuatan politik di Lawas hasil gandingan mantap pemimpin kerajaan pusat dan negeri berupaya menjadikan Lawas sebagai tarikan sektor perniagaan di utara negeri ini.

Pengerusi Persatuan Foochow Lawas Yong Kah Chu berkata, kepimpinan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Malaysia Datuk Henry Sum Agong satu gandingan yang mantap untuk memacu ekonomi rakyat di daerah yang terkenal dengan produk ikan tahai itu.

Menurutnya, rakyat di daerah ini juga amat berpuas hati dengan kepimpinan Awang Tengah dan Henry yang membentuk gandingan terbaik untuk membawa daerah ini ke arah kehidupan lebih baik berbanding sebelumnya.

“Selain Awang Tengah, kita boleh nampak dengan jelas keupayaan Henry Sum dalam memimpin masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang dengan cukup baik dan adil,” katanya kelmarin.

Jelasnya lagi, pemimpin masyarakat Foochow Lawas melihat kekuatan politik di Lawas sebagai tarikan kepada perkembang­an sektor perniagaan serta yakin dengan adanya jajaran Lebuh Raya Pan Borneo kelak akan merancakka­n lagi pembanguna­n ekonomi di Lawas.

“Kita yakin Henry Sum Agong sihat dan bertenaga untuk terus berkhidmat dengan baik selaku menteri di peringkat persekutua­n dan menyumbang kepada pelan pembanguna­n negeri Sarawak,” ujarnya.

Oleh itu katanya, masyarakat Foochow terus menyatakan komitmen dan sokongan tanpa berbelah bahagi kepada kedua-dua pemimpin itu untuk terus menerajui Lawas.

 ??  ?? YAKIN: Yong bersama Henry Sum (kanan).
YAKIN: Yong bersama Henry Sum (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia