Utusan Borneo (Sarawak)

DBP galak kaum atau etnik di negeri ini melibatkan diri dalam bidang penulisan bahasa masing-masing

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menggalakk­an lebih ramai kaum atau etnik di negeri ini melibatkan diri dalam bidang penulisan bahasa masingmasi­ng bagi membolehka­n ia terus terpelihar­a.

Pengarah DBP Cawangan Sarawak Dr Hazami Jahari berkata, ia termasuk menggalakk­an penyertaan anugerah kebahasaan dan kesusaster­aan anjuran DBP sekali gus mengekalka­n keaslianny­a.

“Dalam Anugerah Sastera Negeri Sarawak ( ASNS) khasnya kita membuka kategori untuk bahasa sukuan atau etnik yang kita buka pencalonan untuk semua termasuk Cina, Bidayuh, Iban, Melanau, Melayu Sarawak dan Orang Ulu.

“Namun yang menghantar penyertaan hanya untuk kategori bahasa Melayu Sarawak, bahasa Iban dan bahasa Cina berbanding yang lain,” katanya pada sidang media sempena pengumuman keputusan ASNS 2017 yang diumumkan Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi selaku pengerusi jawatankua­sa, Dr Annuar Rapa’ee di sini, semalam.

Tambah Hazami, antara faktor yang mungkin menyebabka­n kurangnya penyertaan juga adalah tiada penulisan karya kreatif dalam bahasa sukuan atau etnik yang ditulis.

Jelasnya, jika dalam karya bentuk kertas kerja memang ada namun tidak pada karangan kreatif.

“Malahan dalam kategori penulisan ini kita telah mem- bahagikan kategori bahasa Orang Ulu kepada Kelabit dan sebagainya tetapi kita masih tidak menerima sebarang pencalonan.

“Kita berusaha mengekalka­n kategori itu sebagai usaha kita untuk menggalakk­an agar bahasa tersebut terus digunakan,” katanya sambil memberitah­u bahawa pihaknya juga tidak menerima pencalonan bahasa Bidayuh dan Melanau.

Sehubungan itu kata Hazami, DBP Cawangan Sarawak meminta bantuan daripada persatuan- persatuan etnik untuk menggalakk­an penulisan dalam kalangan suku masing-masing.

Katanya ia bagi membolehka­n bahasa berkaitan dapat dikekalkan keaslianny­a dan sehingga kini Sarawak merupakan satu- satunya negeri yang mempunyai kategori sedemikian bagi anugerah sastera di Malaysia.

Pada ASNS 2017, urus setia hanya menerima tiga pencalonan bagi Anugerah Penulis Sarawak Kategori Bahasa Iban, dua pencalonan

Dalam Anugerah Sastera Negeri Sarawak (ASNS) khasnya kita membuka kategori untuk bahasa sukuan atau etnik yang kita buka pencalonan untuk semua termasuk Cina, Bidayuh, Iban, Melanau, Melayu Sarawak dan Orang Ulu. Dr Hazami Jahari Pengarah DBP Cawangan Sarawak

Anugerah Penulis Sarawak Kategori Bahasa Melayu Sarawak selain tiga pencalo- nan bagi Anugerah Penulis Sarawak Kategori Bahasa Cina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia